Lokasi

Taiwan terletak jauh di bahagian barat Lautan Pasifik nan membiru. berhampiran Tanah Besar China. Ia terdiri daripada pulau utama iaitu Taiwan dan puluhan
pulau kecil di sekitar perairannya. Keluasan Taiwan ialah kira-kira 36,000 kilometer persegi, iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah keluasan Malaysia.
Muka bumi Taiwan yang berceranggah diliputi oleh dua pertiga kawasan pergunungan, berukuran 390 km panjang dan 140 km lebar. Tropic of Cancer atau
Garisan Sartan melalui kawasan ini.


avada-destinations-1

Pulau Indah

  • Kaum Cina Han beramai-ramai berhijrah ke pulau utama pada awal pertengahan kurun 1600an. Kebanyakan mereka datang dari perkampungan di persisiran selatan tenggara China. Kini, Cina Han mendominasi populasi sehingga 98 peratus sementara bakinya terdiri daripada 14 buah puak orang asli pulau yang telah diiktiraf. Agama utama ialah Buddha dan Tao yang mengamalkan kefahaman Confucious setiap hari sebagai kod etika.
  • Populasi penduduk ialah 23.2 juta dengan jumlah penganut Islam sebanyak 70,000 orang. Kumpulan penganut Islam yang pertama tiba pada awal 1660an. Mereka ialah pasukan tentera China yang diketuai oleh patriot Dinasti Ming iaitu Koxinga, yang berjaya mengusir koloni askar Belanda. Kumpulan kedua pula tiba selepas Perang Dunia Kedua. Mereka berpindah mengikut kerajaan Kuomintang atau untuk memulakan perniagaan.
  • Populasi penganut Islam bertambah beberapa tahun kebelakangan ini dengan kehadiran ribuan pekerja Indonesia dan pelajar-pelajar asing yang menyambung pelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi di Taiwan.
  • Melancong memang menyeronokkan pada bila-bila masa, namun cuaca yang lebih sesuai ialah pada musim luruh, di mana suhu rendah dan kurang hujan turun.
  • Dari Disember ke Mac, kawasan persisiran lebih sejuk dengan langit diliputi awan tebal dan sering hujan renyai-renyai. Suhu mula naik menjelang April lantas May menjadi lebih panas. Hujan sekejap­sekejap di sepanjang May hingga Ogos, kadang kala berlaku ribut petir pada waktu petang berselang­seli dengan hari-hari yang disinari mentari. Ribut taufan mungkin berlaku sepanjang musim panas, selalunya dari Julai hingga September. Pada pertengahan September, hujan berkurangan, suhu menurun dan cuaca panas beransur-ansur bertukar ke musim sejuk yang sederhana di Taiwan.
  • Sungguh pun Taiwan berada di zon separuh tropika dengan jajahan selatan beriklim tropika, namun suhu sememangnya sangat dingin di sekitar pergunungan. Udara juga begitu bersih dan menyegarkan yang berupaya mengembalikan kecerdasan minda dan kecergasan tubuh badan para pelancong.
  • Variasi panorama cukup padat dalam lokasi kecil, apatah lagi diungguli oleh Banjaran Pergunungan Tengah yang mempesonakan.
  • Kawasan landai separuh tropika di persisiran pantai akan mengingatkan anda akan pulau-pulau di lautan selatan, manakala 200 puncak gunung yang dingin diliputi hutan buluh dan kornifer dengan ketinggian melebihi 3,000 meter, menyajikan pemandangan yang memukau buat para pengembara pejalan kaki dan pendaki.
  • Kawasan utara dan tengah barat berpenduduk padat tetapi alam semula jadi di pulau utama dan pulau-pulau berdekatan tidak disentuh oleh aktiviti pembangunan. Hutan-hutan melimpah-ruah dengan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang menakjubkan.
  • Cara terbaik ialah dengan meneroka begitu banyak wilayah pemandangan nasional dan taman-taman negara, setiap satu memiliki landskap dan aspek yang cukup berbeza dan menawan.
blog31
  • Ramai pelancong ungkapkan bagaimana penduduk tempatan hidup serasi dengan arus kemodenan dan tradisi yang disanjungi. Kuil, masjid, atau gereja berada di tengah-tengah bangunan-bangunan pencakar langit yang bergemerlapan.
  • Orang ramai mengunjungi pameran perdagangan antarabangsa dan kemudian pergi ke upacara keagamaan yang tidak ditelan dek zaman.
  • Keramaian kuno masih diamalkan mengikut adat-adat lama. Salah satu bentuk hiburan ialah berjalan-jalan di pasar-pasar malam yang hingar-bingar; banyak makanan dan barangan dijual di pasar-pasar lama dan lokasi-lokasi komersil dengan seni bina warisan sejak dari zaman diraja lagi. Para pelancong dikelilingi oleh unsur kebudayaan yang berwarna-warni.
blog31