Maklumat Pengangkutan
Teksi
- Teksi-teksi yang ada permit sah, berwarna kuning dan terdapat banyak di bandar-bandar besar.
- Hanya segelintir pemandu teksi boleh berbahasa Inggeris. Jadi pastikan destinasi yang hendak dituju ditulis dalam bahasa Cina terlebih dahulu. Melainkan anda ingin melalui perjalanan yang jauh, bertolak dari landasan kapal terbang terpencil atau bertolak dari stesen HSR; pemandu teksi akan mengenakan kadar tambang sama rata.
- Anda boleh lihat kadar tambang dengan jelas pada mesin meter. Perjalanan empat kilometre pada waktu siang di Taipei, sepatutnya berjumlah NT$130. Caj tambahan dikenakan bagi perjalanan lewat malam dan kalau anda membawa banyak beg. Di bandar-bandar lain, kiraan formula berbeza sedikit bagi menetapkan kadar tambang.
Kereta Sewa
- Trafik amat padat di kawasan bandar. Di jalan besar, hampir semua papan tanda di tulis dalam bahasa Cina dan Inggeris.
- Di kawasan pergunungan pula, anda perlu berhati-hati memandu kerana kebanyakan jalan raya sempit atau mudah dilanda tanah runtuh.
- Rakyat Taiwan memandu di sebelah kiri.
- Para pengunjung yang memiliki lesen memandu internasional dan kad kredit boleh menyewa kereta. Anda harus bersedia untuk menandatangani baucar kad kredit kosong. Ini bagi meliputi segala saman yang dikenakan kerana melanggar peraturan jalan raya, jika ada atau bayaran parkir yang diproses selepas anda berlepas dari Taiwan.
- Syarikat-syarikat kereta sewa masih mengekalkan cawangan masing-masing dalam stesen HSR dan lapangan kapal terbang.