Taiwan telah menjadi sanjungan dunia sebagai “Negara Buah-buahan dan Sayuran,” kerana mempunyai iklim yang baik, persekitaran geografi yang unik, dan teknologi pertanian yang halus. Pameran Kulinari Taiwan 2018 akan berpegang teguh pada masakan Taiwan dari ladang ke meja hidangan iaitu dari snek hingga hidangan kenduri, dan memenuhi semua selera gourmet dengan makanan yang sangat sejuk, makanan laut bermusim, masakan Taiwan, hidangan eksotik, dan bahkan makanan mesra Muslim. Bulan Kulinari Taiwan akan ditetapkan pada bulan Ogos bersama dengan pameran ini. Acara ini akan disertai oleh pelbagai hotel dan restoran yang akan menggunakan bahan-bahan makanan bermusim dan kepakaran tempatan dengan sebaik-baiknya bagi menyediakan hidangan set yang direka sendiri untuk penggemar makanan. Kami sukacitanya menjemput anda datang menyertai festival makanan kami pada bulan Ogos ini, dan merasai daya tarikan juadah paling asli Taiwan yang sungguh luar biasa.
Biarkan Taiwan memarakkan selera anda pada Ogos ini!
Tarikh: 10-13 Ogos 2018
Tempat: Dewan 1 TWTC (Pusat Dagangan Dunia Taipei)
Laman web: http://www.tcetva.tw/Index