Hualien merupakan wilayah terbesar di Taiwan, dengan keluasan kira-kira 4,628 kilometer persegi dan jumlah penduduk seramai 350,000 orang. Wilayah ini bersempadan dengan Lautan Pasifik ke timur dan dikelilingi oleh Banjaran Tengah ke barat. Dengan puncak yang mencuar tinggi, langit biru, lautan luas, lembah yang indah, kepelbagaian budaya, serta rakyatnya yang baik hati dan mesra, Hualien telah menjadi salah satu destinasi pelancongan pilihan utama di Taiwan bagi pengunjung-pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Berikut adalah acara-acara pelancongan yang paling hangat di Hualien!

Jan-Mac: Selamat Datang Musim Sejuk 

• Nikmati pesta flora dan hutan pada Musim Bunga

Nikmati pesta flora dan hutan semasa Tahun Baru Lunar (Festival Musim Bunga) di Taman Hutan Danongdafu (大農大富平地森林園區).
Tarikh:Januari hingga Februari
 Acara / Lokasi Aktiviti:Taman Hutan Danongdafu
TEL:+886-3-8325141#269

• Cabaran Berbasikal Pantai Timur 2018

Setiap tahun, beribu-ribu penunggang dari dalam dan luar negara tertarik untuk menyertai acara ini, dan Lebuh Raya Wilayah No. 11 di Pantai Timur adalah salah satu laluan yang paling sesuai untuk menunggang basikal di Taiwan. Penunggang bukan sahaja dapat mencabar diri sendiri, tetapi juga merasai pengalaman perjalanan berpuak.
Tarikh:17-18 Mac
Penganjur:Kawasan Pentadbiran Pemandangan Indah Nasional Pantai Timur, Biro Pelancongan Taiwan.
Acara / Lokasi Aktiviti:Kawasan Rekreasi Jialulan(加路蘭) dan Lebuh Raya Wilayah No. 11
TEL:+886-89-841520#1609

• Karnival Mata Air Panas & Masakan Mewah – Aktiviti Utama di Taiwan Timur

Industri berkaitan pelancongan dari empat zon mata air panas utama, termasuk Ruisui(瑞穗), Antong(安通) di Hualien, Jhihben (知本) dan Luye Wulu(鹿野霧鹿) di Taitung melancarkan pakej pelancongan mata air panas untuk para pengunjung.
Tarikh:Mac
Penganjur:Kawasan Pentadbiran Pemandangan Indah Nasional Lembah Rengkahan Timur, Biro Pelancongan Taiwan.
Acara / Lokasi Aktiviti:Ruisui(瑞穗) / Yuli(玉里)
TEL:+886-3-8875306#664

Apr-Jun: Riang Ria Musim Bunga

• Triathlon Perakitan Sungai Xiuguluan(秀姑巒) dan Pertandingan Perakitan Sungai 2018

Acara triathlon termasuklah berakit menyusuri Sungai Xiuguluan, berbasikal dan berlari. Pada tahun ini juga terdapat satu kategori baru, berakit, bagi memberi peluang kepada pencinta aktiviti luar dari dalam dan luar negara mencabar diri mereka sendiri.
Tarikh: 10 Jun
Penganjur:Kawasan Pentadbiran Pemandangan Indah Nasional Pantai Timur, Biro Pelancongan Taiwan.
Acara / Lokasi Aktiviti:Bandar Ruisui (瑞穗), Wilayah Hualien (Jambatan Ruisui – Changhong(長虹) )
TEL:+886-89-841520#1609

• Riang Ria Taiwan di atas Garisan Sartan

Tarikh:Jun
Penganjur:Kawasan Pentadbiran Pemandangan Indah Nasional Lembah East Rift, Biro Pelancongan Taiwan
Acara / Lokasi Aktiviti: Taman Penanda Garisan Sartan Ruisui(瑞穗) Jul-Sep: Cinta Musim Panas

Jun-Sep: Cinta Musim Panas

• Festival Musim Panas Hualien 2018 

Konsert akan diadakan oleh bintang pop popular Taiwan, dan Pasar Malam Dongdamen (東大門) ada bersebelahan dengan tempat tersebut bagi memenuhi keperluan pelancong. Pengunjung boleh mendengar nyanyian artis sambil menikmati makanan dan merasai pengalaman musim panas Hualien yang unik.
Tarikh:JULAI
Penganjur:Biro Pertanian, Wilayah Hualien
 Acara / Lokasi Aktiviti:Akan ditetapkan
TEL:+886-3-8227171#524

• Pesta Menuai Bersama Orang Asli Wilayah Hualien 2018

Pesta Menuai Bersama 2018 sekali lagi akan mempersembahkan lagu-lagu dan tarian asli serta upacara menyembah puak. Alat penyokong juga akan dipasang di kawasan persisian untuk mempamerkan dan menjual juadah asli, hasil kraf tangan dan pelbagai kepakaran pertanian tempatan. Brosur mengenai trip pendek ke kampung-kampung puak dan budaya orang asli juga akan disediakan.
Tarikh:20-22 Julai
Penganjur:Jabatan Orang Asli Hualien
Acara / Lokasi Aktiviti:Padang Olahraga Meilun(美崙), Hualien
TEL:+886-3-8227171#291

• Musim Daylily Hualien

Bunga daylily oren berbunga pada musim panas di Gunung Chike (赤科) di Yuli (玉里) dan Gunung Liushi Shi (六十石) di Fuli (富里). Bunga-bunga ini membentuk pesta keemasan di bawah langit biru dan awan putih. Ia adalah pandangan yang indah dan mengagumkan. Pengunjung akan mendapati sukar hendak meninggalkan pemandangannya yang indah dan udaranya yang segar.

Tarikh:Awal Ogos hingga pertengahan September
Penganjur:Persatuan Petani Fuli /Persatuan Petani Kawasan Yushi
Acara / Lokasi Aktiviti:Gunung Liushidan, Bandar Fuli/Gunung Chike, Bandar Yuli
TEL:+886-3-8821705(Persatuan Petani Fuli)
+886-3-8882069(Persatuan Petani Kawasan Yushi)

Okt-Dis: Hadiah Musim Luruh

• Maraton Taroko Gorge 2018 

Setiap tahun, acara maraton yang diadakan di Taroko Gorge menarik ramai pelari maraton dan joging dari seluruh dunia untuk bersaing bagi mendapatkan penghormatan dan menikmati ciptaan alam semula jadi yang menakjubkan di taman negara. Ia adalah cara yang luar biasa untuk mengenali Taman Negara Taroko.
Tarikh:November
Penganjur:Persatuan Berlari Maraton Wilayah Hualien
Acara / Lokasi Aktiviti:Taman Negara Taroko
TEL:+886-3-8560925

Maklumat lanjut mengenai acara-acara: tour-hualien.hl.gov.tw
Maklumat lanjut mengenai Hualien https://talktous.innity-asia.com/2022/my/taiwan-tourism/attractions/64-district/eastern/hualien

The Beauty of East of Taiwan

30 sec.:https://youtu.be/JplbgDxXxD4
1 min.:https://youtu.be/rbGXMDuLErA
3 min.:https://www.youtube.com/watch?v=MemqYGInvD0