Taiwan terletak di sepanjang pantai tenggara benua Asia, di atas garis sesar di mana plat benua Euro-Asia dan Filipina bertembung. Letakan geografi yang unik serta kegiatan seismos yang kerap ini bukan sahaja mewujudkan kepelbagaian topografi yang tinggi dan persekitaran semula jadi di Taiwan, tetapi juga menghasilkan ciri yang pelbagai kepada pulau-pulau luar pesisirnya. Meskipun lokasi, ciri topografi, dan aktiviti manusianya berbeza; masing-masing mempunyai keunikan pemandangan dan budaya tersendiri. Justeru, setiap pulau menawarkan sesuatu yang berbeza bagi memenuhi keperluan pengunjung yang pelbagai, seperti bersiar-siar, snorkeling, ataupun sukan memancing.
Walaupun Taiwan mempunyai dataran yang kecil, ia dikurniakan aset pelancongan yang melimpah ruah. Ini termasuklah pinggir laut seluas lebih 1,500 kilometer yang menakjubkan, lebih daripada 10 peratus daripada spesies marin di dunia dan salah satu landskap budaya yang paling menonjol di Asia.
Untuk memanfaatkan kekayaan sumber pelancongan yang ada di pulau-pulau luar pesisir Taiwan, Biro Pelancongan Taiwan telah menetapkan tahun 2018 sebagai “Tahun Pelancongan Teluk” dan memilih 10 buah pulau luar pesisir yang menarik untuk menumpukan usaha promosinya.
10 buah pulau luar pesisir itu adalah: Pulau Penyu, Pulau Hijau, Pulau Orkid, Xiaoliuqiu (小琉球), Pulau Qimei(七美), Yuwongdao (漁翁島), Pulau Jibei(吉貝), Pulau Kinmen Lieyu(金門烈嶼), Pulau Beigan(北竿) dan Pulau Dongju (東莒).
Sempena kempen “Tahun Pelancongan Teluk” ini, kerajaan pusat dan tempatan telah bekerjasama dengan pengusaha industri tempatan, seperti agensi-agensi pelancongan dan hotel, serta mengatur aktiviti dengan perayu lautan tempatan yang handal. Taiwan juga akan menjadi tuan rumah untuk banyak pameran dan acara utama tahun ini dalam usaha untuk mengukuhkan lagi jenama pelancongan negara serta merangsang aktiviti dan pembangunan ekonomi dalam industri yang berkaitan.
Ini termasuklah mesyuarat tahunan Teluk Yang Paling Cantik di Kelab Dunia yang dijadualkan pada bulan Oktober di Penghu; Pameran Burung Asia yang ditetapkan pada bulan November di Wilayah Chiayi, Taiwan selatan; Ekspo Flora Sedunia Taichung yang dijalankan dari bulan November hingga April 2019 di Taiwan tengah; serta rundingan mendalam antara pegawai-pegawai pelancongan tempatan dan pegawai-pegawai dari Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.
Akhir sekali, jika anda ingin tahu apakah tempat-tempat di 10 pulau itu yang menjadi lokasi daftar masuk paling popular di Facebook, apakah juadah tempatan di pulau-pulau itu yang anda akan menyesal jika tidak memakannya, apakah aktiviti yang anda tidak harus ketinggalan, dan apakah pakej baru yang utama dan istimewa yang sedang ditawarkan, sila terus bersama laman web kami!
Treler: https://www.youtube.com/watch?v=Hi_aRNhbsIQ
Maklumat lanjut mengenai pulau-pulau luar pesisir: https://talktous.innity-asia.com/2022/my/taiwan-tourism/attractions/50-district/island