Kaohsiung

Semenjak 400 tahun yang lampau, Kaohsiung telah berubah dari kampung nelayan yang kecil di Pulau Qijin sehingga menjadi kota metropolis dengan populasi penduduk lebih 2.8 juta orang. Secara rasminya, bandar ini merentasi dari Teluk Taiwan yang berarus panas, sehingga ke kawasan cerun di barat daya Yushan, gunung tertinggi di Taiwan yang dingin. Namun populasi penduduk lebih padat di sekitar persisiran. Pusat bandar Kaohsiung dikuasai oleh bangunan-bangunan pencakar langit yang berkilau, kedai-kedai yang penuh bergaya dan restoran-restoran berkelas tinggi. Pelabuhan Kaohsiung memegang peranan penting dalam kemajuan ekonomi Taiwan dan masih mempunyai hubungan kukuh perkampungan Hakka dan orang asli, hutan rimba dan lembah-lembah yang dipenuhi dengan spesies burung dan rama-rama. Ada juga gunung berapi lumpur yang masih menggelegak. Kesemuanya berada dalam bandar ini.

Mereka yang minat menaiki bot akan menyukai Kaohsiung. Mereka melalui perjalanan perlahan sambil meninjau sekitar pelabuhan dan kapal-kapal yang berlabuh. Perjalanan bermula dari True Love Dock atau Dok Cinta Sejati. Terdapat ruangan sempit antara pintu masuk Pelabuhan Kaohsiung dari Dok Feri Gushan ke Pulau Qijin. Di sana, para pelancong boleh naik teksi air dan dibawa mengelilingi kampung nelayan Qihou yang sarat dengan kehidupan. Peminat kenderaan beroda dua pasti seronok menaiki teksi air sambil bersantai. Bandar ini berselirat dengan laluan-laluan basikal yang menjangkau lebih 200 kilometer. Laluan yang paling panjang dan menyeronokkan ialah dari Dermaga Feri Xinguang sehingga ke Dok Feri Gushan. Basikal-basikal boleh disewa dari unit-unit C-Bike secara automatik yang terletak di luar stesen-stesen KMRT.

Rupa bentuk geografi Kaohsiung yang begitu ketara ini tidak wuiud  200 ratus tahun yang lampau. Parit-parit digali oleh kelompok peneroka supaya kawasan berpaya dan tanah basah beransur-ansur kering dan akhirnya bertukar menjadi Love River atau Sungai Cinta, gelaran yang diberi oleh penduduk di zaman ini. Laluan air ini menjadi pemandangan yang menakjubkan di Kaohsiung. Banyak keluarga berjalan-jalan di taman-taman yang membarisi tebing sungai. Manakala kumpulan-kumpulan bot naga berlatih di laluan air ini. Para pelawat biasanya akan merentasi sungai dengan teksi atau bas sepanjang lawatan ke Taiwan. Namun cara yang terbaik ialah menyertai perjalanan bot Love Cruises atau Jelajah Cinta yang disediakan sepanjang masa. Sebilangan bot senyap dan mesra alam  kerana menggunakan kuasa solar, di mana kuasa elektrik dihasilkan daripada sel-sel solar di atas bumbung yang menyerap cahaya mentari.

Tiba di Teluk Xizi dengan KMRT atau bas, para pelancong boleh berjalan kaki melalui terowong pendek ke Universiti Nasional Sun Yat-sen dan terus menuju ke pantai terbaik di bandar ini, di mana bayaran kemasukan dikenakan. Bagi alternatif lain, para pengunjung boleh meninjau kapal-kapal nelayan yang ditambat di pelabuhan kecil di Teluk Xizi. Kemudian melangkau ke daratan untuk melihat bangunan yang paling bersejarah di bandar ini. Kelompok diplomat British pernah menetap di Former British Consular Residence atau Residen Konsul Lama British dari 1879 ke 1897. Kini mahligai berbata merah yang berada di atas bukit  ini dibuka untuk lawatan kepada semua orang. Pameran-pameran di residen ini menerangkan bagaimana Taiwan menyertai ekonomi global  di akhir kurun ke-l9. Restoran di sini bagus untuk menjamu selera sambil bersantai menikmati keindahan matahari terbenam.

Terdapat banyak gedung dan pusat membeli-belah di Kaohsiung tapi tempat yang paling menarik untuk membeli barangan dan bergambar ialah di Jalan Pasar Sanfengzhong yang terletak tidak jauh dari Stesen Utama Kaohsiung. Sebuah arked tradisional seperti di Jalan Dihua, Taipei, penuh dengan kedai-kedai yang menawarkan variasi makanan kering seperti buah-buahan, kekacang, bijirin dan cendawan. Daerah fesyen dan fabrik boleh dijumpai di sepanjang Jalan Anning, di belakang Stesen Utama Kaohsiung. Bagi para pelancong yang mahu membeli-belah dalam satu bumbung, boleh pergi ke Dream Mall, pusat membeli-belah yang sangat besar terletak di tenggara subbandar. Terdapat iuga restoran-restoran berjenama antarabangsa dan berdozen kedai makan di sini.Di atas bumbung pusat membeli-belah ini ada taman hiburan yang lengkap dengan Roda Ferris. Sanduo Shopping District atau Daerah Membeli-belah Sanduo memiliki dua buah gedung membeli-belah. Para pengunjung perlu menaiki KMRT untuk ke sini. FE2l MegA lebih besar tapi SOGO ada lebih banyak pilihan. Para pelawat boleh pergi ke gedung membeli-belah Talee, berdekatan Central Park dan Hanshin, di tingkat bawah Hotel Grand Hi-Lai, dengan menaiki bas bandar No. 100.

Restoran-restoran yang bertaraf tinggi boleh ditemui di seluruh bandar ini. Namun berhampiran Stesen Kereta Api Utama Kaohsiung, Pasar Malam Liuhe amat disarankan kepada para pelancong. Ia tempat yang hebat untuk mendapatkan makanan ringan Taiwan, manakala pilihan antarabangsa pula ialah aiskrim Turki, masakan kari Pakistan dan makanan Jepun yang dibalut dengan rumpai laut. Segala tip mengenai tempat-tempat menjamu selera dan informasi perjalanan boleh didapati di Kaohsiung Travel

Qijin Yushan Love River Xizi Bay Dream Mall