Matsu

Pengenalan

Matsu National Scenic Area atau Wilayah Pemandangan Nasional Matsu terletak di hujung utara Tanah Besar China. 19 buah pulau di sini amat berbeza daripada Taiwan.  Para pelancong amat berpuas hati menikmati pemandangan alam semula jadi yang berceranggah, rumah-rumah klasik dan kubu-kubu yang kalis musnah apabila pulang ke rumah masing-masing.


  • Seperti Kinmen, Matsu merupakan zon peperangan selama beberapa tahun dan tentera China menggali kubu parit di sekitar pulau. Banyak pengkalan tentera yang kini dibuka kepada awam dan para pelawat boleh melawat bekas padang tembak, gudang senjata dan bilik-bilik bawah tanah  di mana haiwan ternakan diternak. Tempat-tempat paling menyerlah ialah Terowong Beihai, gua aras laut yang digali oleh pasukan tentera. Gua ini menjadi landas mendarat bagi kapal-kapal tentera dengan selamat.
  • Rumah-rumah di Qinbi merupakan perkampungan yang begitu istimewa, seolah-olah kediaman klasik ini akan bertahan buat selama-lamanya. Rumah ini berdinding kepingan batu granit dan beratap genting batu yang kukuh berdiri walaupun dilanda taufan dan ribut musim sejuk. Beberapa buah rumah telah ditukar menjadi rumah inap desa di mana para penguniung dapat tidur dengan selesa.
  • Mi ikan Matsu cukup unik kerana mengandungi isi ikan belut dan juga ikan laut. Donat bagel yang dibakar dalam tong batu merupakan desert yang digemari.
  • Musim memerhati burung ialah dari April hingga September. Ada pemerhati burung yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat Chinese Crested Tern, spesies burung yang dianggap sudah pupus sehinggalah ia diremui semula di gugusan pulau ini pada tahun 2000. Pada bulan Julai dan Ogos, Burung Camar Berekor Hitam membina sarang dan bertelur di Pulau Dongyin.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Matsu National Scenic Area
Beihai Tunnel
Qinbi Village