Kinmen

Pengenalan

Antara tahun 1949 dan 1980, Daerah Kinmen merupakan barisan depan dalam konflik nasionalis China. Kini, pulau-pulau granit ini meniadi tempat pertukaran hubungan yang aman antara Taiwan dan Tanah Besar China.


  • Taman Nasional Kinmen ialah taman yang mengkagumkan kerana mengekalkan ciri-ciri keistimewaan di gugusan pulaunya.
  • Kampung-kampung yang terindah, lokasi peperangan yang bersejarah dan tarikan semula jadi seperti tasik-tasik yang bersemarak dengan variasi unggas air, masih terpelihara. Anda disarankan menjelajah kawasan ini dengan basikal sewa.
  • Kinmen Folk Culture Village atau Kampung Budaya Rakyat Kinmen ialah muzium terbuka di sekeliling halaman rumah-rumah, yang dibina sekuru lalu oleh golongan kaya.
  • Setiap struktur luar membawa maksud tersendiri; sebagai contoh, rabung bumbung yang berbentuk ekor burung layang-layang melambangkan peperiksaan awam diraja China.
  • Di dalam rumah, dipamerkan perabot-perabot dan pakaian antik.
  • Teleskop-teleskop dipasang di Mashan Observation Post atau Pos Pemerhatian Morshan.
  • Dahulu pengawal sentri Taiwan memerhati kedatangan penceroboh di pulau ini.
  • Kini ia menjadi pos pemerhatian kepada para pelancong untuk melihat keindahan Tanah Besar China yang hanya sejauh dua kilometer sahaja.
  • Sebelum penanaman pokok di persisiran diusahakan pada 1960an, Kinmen kerap dilanda ribut pasir.
  • Penduduk pulau menegakkan banyak patung semangat singa dengan kepercayaan bahawa ia boleh menukar arah angin.
  • Lebih  60 buah patung singa berkawal di tempat-tempat yang dilanda ribut pasir, di mana patung-patung yang paling cantik terdapat di Beishan dan Shanhou.
  • Jambatan 5.4 kilometer dari pulau utama bakal siap dibina dan akan menghubungkan Little Kinmen yang padat dengan tapak-tapak bersejarah.
  • Feri-feri tiba dari Dok Jiugong yang membawa para pengunjung.
  • Mereka boleh melawat pengkalan tentera bawah tanah yang terbesar di Kinmen.
  • Terdapat terowong buatan manusia sepanjang 780 meter yang menempatkan bot-bot tentera dan penduduk pulau ketika berlaku pembedilan artileri pada era peperangan.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Mashan