Tainan
Pengenalan
Selama 38 tahun mereka menjajah wilayah Tainan, kerajaan Belanda bukan sahaja berdagang dan mengenakan cukai, malah turut membina dua buah kubu yang kini menjadi tarikan pelancong. Puting beliung dan gempa bumi telah merosakkan kubu-kubu tersebut tapi tidak memusnahkan Kubu Zeelandia di Daerah Anping yang menjadi peninggalan sejarah Belanda di kurun ke-l7. Sebelum melawat muzium cantik di sini, amati kubu berdinding besar yang dibina daripada batu-bata dan batu karang serta panjat menara pengawal untuk melihat pemandangan kota raya dan persisiran dari jauh. Kubu Provintia telah lama runtuh dan di atasnya berdiri dua buah pagoda fotogenik yang dibina pada kurun ke-l9. Taman di sekitar halaman pagoda begitu indah dan cukup sesuai untuk bersantai sambil minum kopi di waktu petang.