Pingtung

Pengenalan

Taman Nasional Kenting merupakan taman nasional yang paling popular di Taiwan. Jajahan ini diliputi oleh pasiran pantai, landskap persisiran yang aneh, bukit-bukau dan dataran rumput yang tidak diusik oleh pembangunan. Para pelancong bertumpu di restoran-restoran dan hotel-hotel berdekatan Jalan Kending. Namun ada berdozen lagi tarikan untuk anda berhibur, bergembira dan menikmati keindahan semula jadi. Pantai Nanwan sepanjang 600 meter ialah lokasi terbaik jika anda mahu berenang dalam air laut yang suam dan berseronok menunggang jet ski dan bot pisang. Maju ke selatan berdekatan  dengan perdagangan dan perikanan. Di kawasan pedalaman, terdapat Batu Chuanfan yang  dikatakan menyerupai wajah bekas Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon, terdapat satu lagi pantai yang menarik.


  • Kenting Forest Recreation Area atau Kawasan Rekreasi Hutan Kenting melindungi hutan hujan monsun.
  • Di Taman Semula Jadi Sheding, anda mungkin berpeluang melihat rusa sika Formosa.
  • Kanak-kanak pula riang bermain di celah-celah rabung sempit yang terdapat di sini.
  • Semua orang pasti teruja melihat pemandangan dramatik sambil merasai tiupan angin di Rumah Api Eluanbi dan di atas cenuram-cenuram yang berderaian di Longpan.
  • Terletak di timur laut Taman Nasional Kenting, ada sebuah tempat yang patut dilawati apabila memandu ke sini, iaitu National Museum of Marine Biology and Aquarium atau Muzium Nasional Biologi Marin dan Akuarium. Muzium ini menampilkan pameran interaktif mengenai terumbu karang, lautan-lautan di dunia dan persekitaran maritime Taiwan.
  • Tarikan istimewa di sini ialah terowong kaca sepanjang 81 meter.
  • Para pelawat menyaksikan pelbagai hidupan marin seperti ikan pari dari jarak dekat. Mereka juga memperoleh pengetahuan dan akan lebih menghargai hidupan dalam lautan. Sila layari laman web akuarium ini untuk mengetahui jadual pertunjukan dan masa memberi makan kepada ikan paus, jerung dan penguin yang dipelihara di sini.
  • Teluk Dapeng ialah lagun yang dijadikan kawasan penternakan tiram beberapa tahun dahulu. Kini ia bertukar menjadi tarikan hangat untuk aktiviti meluncur angin dan sukan air lain.
  • Cara terbaik menjelajah teluk ini ialah dengan menaiki bot. Setiap perjalanan pertama-tamanya meninjau hutan paya bakau dengan lebih dekat lagi. Ia bersemarak dengan ketam dan pelbagai spesies burung.
  • Kemudian teruskan eksplorasi menuju ke tarikan yang paling ganjil di sini iaitu Oyster Shell Island atau Pulau Kulit Tiram. Ia bukan pulau sebenar tetapi pembentukan yang menyerupai terumbu karang. Pulau ini terhasil daripada pembuangan ratusan ribu kulit tiram yang tidak digunakan oleh para penternak tiram di lokasi yang sama. Terumbu karang kulit tiram ini telah menarik dan memberi perlindungan kepada variasi spesies ikan.
  • Teluk Dapeng dikelilingi oleh laluan basikal dan terdapat sebuah jambatan angkat yang menarik perhatian. Ia akan diangkat bagi membenarkan kapal-kapal layar melalui lagun ini untuk berlayar di samudera yang luas terbentang.
  • Para pelancong bertolak ke Little Liuqiu dengan feri untuk perjalanan singkat dari Donggang berhampiran Teluk Dapeng.
  • Little Liuqiu ialah pulau kecil yang hanya seluas 6.8 kilometer persegi. Persisirannya berceranggah dengan formasi batu-batan. Farmasi yang tersohor di sini ialah batu besar berbentuk cendawan iaitu Vase Rock.
  • Terdapat tempat yang kononnya menyerupai ketua orang asli Amerika atau dewi Buddha.
  • Para pelancong bertolak ke Little Liuqiu dengan feri Donggang berhampiran Teluk Dapeng.
  • Terdapat tempat yang kononnya menyerupai ketua orang asli Amerika atau dewi Buddha. Ada pengunjung datang ke mari untuk berenang dan bersnorkel. Namun kebanyakan pelawa menaiki bot pada waktu petang ketika air laut surut untuk melihat hidupan marin yang aneh dan mempesonakan seperti lintah laut, timun laut dan plankton yang bercahaya.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Kenting National Park
Kenting National Forest Recreation Area
Little Liuqiu