Chiayi

Pengenalan

Terdapat tiga landasan kereta api bercerun curam di dunia, di mana salah satunya ialah Alishan Forest Railway atau Landasan Kereta Api Hutan Alishan. Ia merupakan binaan kejuruteraan yang menakjubkan. Landasan ini menghubungkan Chiayi yang berada di ketinggian 30 meter dari aras laut, menuju ke puncak Alishan setinggi 2,216 meter. Para penumpang yang menaiki kereta api pasti takjub melalui perjalanan yang berliku-liku, berpusing dan sentiasa berubah arah sewaktu mendaki kawasan tanah tinggi. Mereka menyaksikan panorama hutan dengan lebih dekat lagi di sepanjang perjalanan yang berubah dari zon tropika ke zon iklim sederhana, kemudian ke banjaran alpine.


  • Alishan Forest Recreation Area atau Kawasan Rekreasi Hutan Alishan merupakan hutan simpan yang memukau pandangan dipenuhi pokok ceri dan pokok gergasi sipres. Udara di sini amat bersih dan segar, membuatkan para penguniung berasa relaks dan cergas kembali.
  • Melihat keindahan matahari naik dan terbenam merupakan aktiviti tradisi di pergunungan Taiwan yang tiada tolok bandingnya.
  • Para pelancong bangun awal-awal pagi dan menaiki van atau kereta api ke Zhushan, untuk memerhati lautan awan berkepul-kepul dari tempat tinggi.
  • Ladang teh yang kemas tersusun membarisi jalan utama ke Alishan.
  • Para pengunjung mungkin berpeluang melihat daun-daun teh yang sedang dijemur di bawah terik matahari. Teh gunung dijadikan cenderahati yang cukup popular dan ramai petani menjual terus kepada para pengunjung.
  • Antara desert yang sangat sedap di sini ialah jeli buah ara yang menyegarkan. Namun tanaman Alishan yang istimewa ialah perasa makanan, wasabi yang menyerupai lobak kuda. Ia sering dimakan dengan sashimi.
  • Pakar makanan dapat membezakan rasa wasabi segar dengan wasabi dalam tiub yang kerap dihidangkan di restoran.
  • Cuba rasa snek perisa wasabi seperti kacang fava kering atau pesan semangkuk sup ayam yang dimasak dengan akar wasabi.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Alishan Forest Railway
Alishan National Forest Recreation Area