Taipei 101

Pengenalan

Bangunan kemegahan bagi rakyat Taipei dengan motif rekaan daripada buluh dan pagoda ini setinggi 508 meter dengan 101 tingkat menjadikannya bangunan ketiga tertinggi di dunia. Manakala elevatornya boleh mencapai kelajuan sehingga 1,010 m/min dengan muatan 1,600 kg (24 orang).


  • Tingkat bawah tanah 1 hingga tingkat 6 menempatkan pusat beli belah yang menampilkan jenama-jenama terkemuka dan selebihnya pejabat.
  • Para pengunjung yang ingin menaiki ke tingkat balai cerap perlu membeli tiket di kaunter tingkat 5.
  • Di tengah bangunan Taipei 101 terletaknya sebuah peredam terbesar dan terberat di dunia yang berbentuk seperti bola berdiameter 5.5 meter dan diperbuat daripada 41 lapisan rivet keluli dengan ketebalan 12.5 cm setiap satu.
  • Peredam ini berada diposisi tengah menara antara tingkat 87 dan tingkat 91 serta yang uniknya pengunjung boleh melihat cara peredam ini berfungsi.
  • Fungsi utama peredam ini ialah untuk mengurangkan goyangan menara ketika angin kuat.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taipei 101

Pengangkutan

Pengangkutan Awam:
Stesen utama Taipei (Aliran Tamsui-Xinyi) – Stesen Taipei 101 (Exit no 4)

Informasi

Talian perkhidmatan pelanggan: 02 81018898 | Faks: 02 81018897
Talian tempahan berkumpulan: 02 81018899 | Faks: 02 81018897
Masa berniaga: 9.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)
Masa tutup kaunter jualan tiket: 9.15 malam
Bayaran masuk: NT$ 500 (Dewasa), NT$ 450 (Berkumpulan 20 orang atau lebih), NT$ 450 (Konsesi *kanak-kanak atas 115cm & pelajar)