Houtong

Pengenalan

Perkampungan kucing Houtong terletak di daerah Ruifang, Taipei Baharu. Pekan kecil ini terkenal dengan populasi kucing yang banyak. Pekan kecil bekas kawasan perlombongan ini mempunyai jalan keretapi yang dibina semasa zaman penjajahan Jepun di Taiwan. Lombong ini pernah menghasilkan 220,000 tan arang batu setahun, menjadikannya pengeluar arang batu terbesar di Taiwan.


  • Pada tahun 2008, peminat kucing secara sukarela ingin memberikan kucing jalanan yang terbiar kehidupan yang baharu dan terjamin. Kemudiannya, Houtong menjadi terkenal sebagai pusat pencinta kucing di samping populasi kucing yang tinggal di Houtong semakin meningkat dan berkembang menjadi pusat destinasi pelancong.
  • Anda boleh membeli tiket perjalanan sehala untuk aliran Pingxi dan Shen’ao yang berharga 64 NT di stesen utama Taipei. Perjalanan ini mengambil masa selama 1 jam setengah dari stesen utama Taipei. Dengan tiket perjalanan sehala aliran Pingxi dan Shen’ao, anda juga boleh melawati pekan Houtong, Pingxi, Jingtong dan Shifen dalam masa sehari kerana kesemua pekan tersebut terletak dalam perjalanan yang sama.
  • Pingxi Branch Railway adalah antara landasan keretapi yang berkhidmat untuk lombonglombong arang batu di kawasan ini. Laluan ini adalah gabungan pemandangan alam semulajadi, gaya hidup kampung dan sejarah perlombongan.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Houtong

Pengangkutan

Pengangkutan Awam:

Taipei Main Station – Station Ruifang (Tiket Sehala) – Aliran Pingxi Railway (Tiket Day Pass)
*Keretapi Pingxi bermula dari NMMST (National Museum of Marine Science & Technology) dengan melalui Ruifang, Houtong, Sandiaoling, Dahua, Shifen, Wanggu, Lingjiao, Pingxi dan berakhir di Jingtong

Informasi

Bayaran:

Tiket Sehala: NT$56

Tiket Day Pass: NT$64