Changhua
Pengenalan
Dahulu Lugang ialah bandar kedua terbesar di Taiwan tapi kini kedudukannya telah lama diatasi oleh kota-kota besar. Pada 1680an, Lugang merupakan penempatan perdagangan yang berkembang maju. Di kalangan populasi penduduk ialah golongan pedagang Cina Muslim berketurunan Parsi. Mereka membawa beras dan gula tempatan ke Tanah Besar China dan mengimport kain dan pinggan-mangkuk. Mereka meninggalkan kesan sejarah yang kekal terpahat di bandar ini. Peninggalan unsur keagamaan terserlah pada hiasan berkerawang yang terdapat di Tianhou Temple. Untuk mengetahui kehidupan penduduk Lugang yang kaya-raya di zaman lampau, lawati Ding Mansion yang telah menjangkau 150 tahun.