Daerah Komersil Xinyi: Paparan Kemegahan

Pengenalan

Daerah Komersil Xinyi merupakan wadah perniagaan dan seni bina yang bertapak di atas tanah yang mana pada 20 tahun lalu hanyalah padang kosong. Berdiri megah ialah bangunan pencakar langit yang tertinggi di Taiwan, Taipei 101. Tidak berapa lama dahulu, ia pernah dinobatkan sebagai bangunan paling tinggi di dunia. Di bahagian bawah terdapat pusat membeli-belah setinggi empat tingkat yang dibarisi oleh gedung dan kedai berjenama antarabangsa.


  • Boleh ambil kesempatan ini untuk menaiki lif terpantas di dunia ke balai cerap di tingkat 89 Taipei 101. Lawatan audio dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain diadakan secara percuma kepada para pelawat.
  • Ada juga balai cerap dibahagian luar di tingkat 91. Anda dapat menyaksikan bandul besi seberat 660 tan yang digantung dari tingkat 92 ke 87.
  • Ia pendulum terbesar dan terberat di dunia bernilai NT$132 juta untuk dibina. Fungsinya ialah mengawal gegaran dalam Taipei 101 sekiranya berlaku gempa bumi atau tiupan angin kencang.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Shin Kong Mitsukoshi
Xinyi Shopping District