Q Square dan Ximending
Pengenalan
Pusat membeli-belah yang baru dan besar, Q Square, di utara Taipei Railway Station, terletak di hab pengangkutan bas terbesar di bandar ini iaitu Taipei Bus Station. Q Square yang setinggi sembilan tingkat menumpukan kepada para pembeli yang berusia 18 ke 45 tahun. Terdapat kompleks Vie Show Cinemas setinggi tiga tingkat dan hotel antarabangsa bertaraf lima bintang di sini. Reka bentuk pusat membeli-belah ini dibina mengikut gaya remaja di daerah Ximending, di mana terletaknya bazar komersil untuk fesyen golongan muda. Ia meniadikan tempat ini hab membeli-belah di jajahan barat yang glamor untuk menyaingi kawasan komersil di Daerah Timur.