Jinshan dan Muzium Juming
Pengenalan
Jinshan berada di pertengahan persisiran utara, di mana lebuh raya persisiran timur barat bertembung dengan lebuh raya Yangmingshan, Taipei. Tarikan pelancong yang popular di bandar pelabuhan ini ialah Jinbaoli Old Street yang telah dibaik pulih. Ia dibarisi bangunan kuno sejak dari zaman Dinasti Qing dan bangunan dari era kolonial Jepun. Kebanyakan penduduk tempatan datang ke sini untuk menjamu selera. Berpusu-pusu orang ke sini pada waktu siang untuk menikmati masakan daging angsa yang dijual di depan Zhangsheng King’s Temple. Pada huiung minggu dan cuti umum, ramai pelancong memenuhi jalan dari semua arah sambil membawa pinggan yang penuh dengan makanan. Kedai-kedai makan di sini bekerjasama di mana anda boleh ambil makanan dari mana-mana kedai dan bawa ke meja. Selepas makan, bagaikan magis, pekerja-pekerja akan muncul dan memberi bil untuk dibayar.