Pantai Utara & Wilayah Pemandangan Nasional Guanyinshan

Pengenalan

Wilayah pemandangan ini terbentang luas dari Guanyinshan atau Gunung Guanyin di bahagian barat sehingga ke bandar pelabuhan Keelung di selatan. Muka bumi wilayah ini berceranggah dengan persisiran berbatu-batan, pasiran panlai papular dan gunung-ganang. Di kawasan kaki bukit hingga ke tepian pantai ada ladang-ladang di lembah-lembah kecil. Mengikut kepercayaan kuno, kononnya Gunung Guanyin menyerupai Guanyin, Dewi Nuraga yang sedang beristirahat. Dari tebing kanan Sungai Tamsui, rupa bentuknya kelihatan cukup jelas. Terdapat laluan menuju ke puncak gunung ini.


  • Li Tian-lu Hand Puppet Historical Museum didedikasikan kepada tok dalang yang tersohor di Taiwan. Fuji Fishing Harbor di huiung utara Cape Fugui, dibarisi kedai-kedai makan yang menawarkan makanan laut yang segar-segar.
  • Ada juga taman, rumah api dan pemandangan yang menakjubkan di sekitar tempat ini. Shimen, Pagar Batu ialah formasi terumbu karang yang telah timbul dari permukaan laut dan melepasi aras laut. Ia ditolak dari dasar laut oleh aktiviti tektonik yang berlaku berkurun lampau.
  • Ada lubang besar jelas kelihatan di mana sebuah bas boleh menerusinya. Geopark Yeliu yang berada di atas tanjung tinggi, menyerlahkan formasi batu pasir dan terumbu karang yang luar biasa.
  • Berhampiran ialah Feicuiwan, Emerald Bay, pantai peranginan yang menawarkan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan di dalam dan di luar penginapan serta menghidangkan menu klasik Cina dan Taiwan.
  • Pantai Qianshuiwan, Teluk Air Cetek dan Balshawon, Teluk Pasir Putih, sangat bagus untuk berlibur. Para pengunjung berenang berhampiran pantai dengan dipantau oleh kumpulan ahli penyelamat dan garisan terapung, maka pantai­pantai di sini amat mesra famili.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Guanyinshan
Shimen
Yeliu Geopark