Hualien

Pengenalan

Selain Yilan dan Taitung, sebuah lagi bandar kecil yang molek terletak di Persisiran Timur Taiwan ialah Hualien. Ia lokasi yang relaks dan santai di mana masa bergerak perlahan dan orang ramai sentiasa melemparkan senyuman. Jajahan Qixingfan atau Tasik Tujuh Bintang yang berada di barat laut bandar ini, merupakan teluk melengkung yang cantik. Teluk ini menghadap Lautan Pasifik yang hijau membiru, sementara di belakangnya ialah Qingshui Cliff, cenuram yang menggerunkan. Ia berbatu-batu panjangnya dan beribu-ribu kaki tingginya. Terdapat laluan basikal yang bersambung dengan rangkaian laluan di bandar dan daerah berdekatan. Antara fasiliti di sini ialah Taman Arca Baru, Plaza Melihat Bintang, Bangunan Mentari Terbit dan taman botani di tepi pantai.


  • Gaung Taroko yang terletak di utara bandar merupakan ciptaan semula jadi yang mengagumkan sepanjang 19 kilometer.
  • Permata berkilau di taman nasional ini berdinding batu marmar dengan ketinggian beribu-ribu meter yang hampir rata dan bersambung di puncaknya.
  • Di kaki gunung, anda boleh melalui jalan di celah gaung yang dipahat dengan tangan oleh kelompok pesara tentera lebih 50 tahun yang lalu.
  • Kini terdapat laluan untuk pejalan kaki, papan maklumat lengkap, laluan trek menarik, penginapan hotel berkelas tinggi, kawasan berkhemah, kuil-kuil di tepi puncak bukit dan banyak lagi.
  • Hualien Farglory Ocean Park yang berada di selatan Hualien, merupakan taman tema pertama  di Taiwan yang menumpukan pada ekologi marin.
  • Kanak-kanak suka menonton pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa laut. Di sini ada akuarium dengan tangki tiniau dalam air, luncur air dan kereta kabel yang membawa penumpang bersiar-siar.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Qixingtan
Qingshui Cliff
Taroko National Park

Informasi

189, Fude, Yanliao Village, Shoufeng Township, Hualien County, Taiwan.
Tel: +886-3-8123-199
Laman web: www.farglory-oceanpark.com.tw

Pengenalan

East Rift Valley National Scenic Area

Wilayah Pemandangan Nasional Lembah Lurah ialah lembah kedesaan yang menenangkan jiwa dengan melakukan aktiviti berbasikal di rangkaian laluan yang luas, minum air teh tempatan, berendam dalam kolam air panas di pusat peranginan dan menjelajah lurah sepanjang 150 kilometer antara Central Mountain Range dengan Coastal Mountain Range. Tasik terbesar di daerah ini, Tasik Corp (Liyu), berada di kaki pergunungan di barat daya Bandar Hualien.


  • Para pelawat dapat menaiki bot kayuh, menyewa basikal, menikmati makanan enak di restoran dan kafe terbuka, serta berjalan-jalan santai di jalan bulatan sepanjang empat kilometer dan berkelah / berkhemah di kawasan perkelahan / perkhemahan.
  • Para pengunjung juga boleh menyewa bot bersama pemandu untuk meninjau pemandangan di sekitar tasik.
  • Wang Family Historic Residence atau Residen Bersejarah Keluarga Wang ialah bangunan kayu yang mencerminkan kehidupan kelompok pekebun semasa era penerokaan di kawasan pergunungan.
  • Semasa Jepun memerintah Taiwan, mereka telah menggeledah di seluruh pelosok pulau secara sistematik untuk mencari punca-punca kolam air panas. Mereka pun membangunkan beberapa pusat peranginan di lembah lurah yang terus meningkat maju sehingga kini.
  • Ruisui yang dibuka pada 1919, ada kolam air panas yang mengandungi logam. Inilah satu-satunya kolam air panas karbonat di Taiwan yang berwarna kekuningan sebab terkandung banyak besi.
  • Terdapat rumah mandi dan kawasan mandi terbuka yang dilengkapi tab kayu, tab porselin untuk famili dan kolam-kolam untuk kumpulan besar.
  • Ruisui juga lokasi mula untuk aktiviti berakit di sungai deras atau white-water rafting yang terbaik di Taiwan.
  • Hongye yang berada di selatan memancurkan air jernih yang beralkali dari pergunungan di Central Mountain Range.
  • Puak Atayal telah menggunakan tapak ini lebih awal daripada kedatangan pihak Jepun. Rumah mandi atau hotel menawarkan bilik-bilik persendirian sesingkat 30 minit kepada para pengunjung demi keselesaan mereka.
  • Antong yang berhampiran kawasan tengah lembah lurah ada hotel kolam air panas ala Jepun dan asrama gaya kontemporari.
  • Terdapat juga kolam renang air panas di sini. Air kolam telah bercampur dengan hidrogen sulfida yang berbuih ke permukaan dari dasar kolam.
  • Wuhe Tourist Tea Plantation atau Ladang Teh Pelancongan Wuhe terletak berhampiran pusat percutian Ruisui, di mana separuh pengeluarannya ialah teh Oolong jeruk.
  • Tarikan lain yang tiada kaitan dengan teh ialah monumen Tropic of Cancer atau Garisan Sartan. Ia menyerupai jam matahari yang dilengkapi maklumat. Di sini ada juga batu-batuan kuno megalith yang penting dari budaya pra-sejarah.
  • Dari barat Yuli Township ialah jalan masuk di timur Taman Nasional Yushan dan Nan’an Visitor Center atau Pusat Pelawat Nan’an yang menampilkan pameran-pameran hebat tentang geologi taman, flora dan fauna serta subjek-subjek lain. Disediakan informasi yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan perkhidmatan lawatan yang berbahasa Inggeris.
  • Berdekatan tempat ini, Air Teriun Nan’an yang setinggi 50 meter dan Laluan Walami yang mudah dilalui menerusi hutan berdaun lebar.
  • Di lembah lurah di hujung selatan, terdapat lembah besen yang amat cantik iaitu Luye Plateau. Ia diliputi oleh ladang-ladang teh yang dikenali sebagai Luye Recreational Tea Farm alau Ladang Teh Rekreasi Luye.
  • Terdapat rumah teh atau pusat pelawat yang dilengkapi dek tinjau dan sampel variasi teh tempatan yang popular, disusun di tempal tinggi. Dahulu lokasi ini merupakan kawasan pemburuan bagi pegawai-pegawai diraja Jepun. Kini ia menjadi landas pelancaran untuk peminat sukan lasak luncur udara.
  • Rumah-rumah inap desa yang selesa bertaburan di ladang-ladang Luye.
  • Sixty Stone (Liushidan) Mountain atau Gunung 60 Batu yang terletak di tengah-tengah pergunungan persisiran berada di latitud 800 meter dari aras laut.
  • Permukaan gunung yang diliputi padang bunga daylily yang ditanam secara komersil tampak begitu mempesonakan.
  • Laluan pelancong mengelilingi kawasan ini dan terdapat 10 astaka yang ditanam dengan bunga daylily berlainan jenis. Setiap satu melambangkan keunikan kanvas padang, dataran, gunung dan lautan.
  • Gunung Chike juga dikenali sebagai lautan bunga daylily yang berlenggok apabila ditiup angin kerana berada di ketinggian 900  meter dari aras laut.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Liyu Lake
Ruisui
Antong
Yushan National Park

Pengenalan

East Coast National Scenic Area

Jalan utama menuju ke Wilayah Pemandangan Nasional Persisiran Timur (www.eastcoast-nsa.gov.tw) ialah Highway 11. Memandu dari Bandar Hualien ke Bandar Taitung dalam satu hari tidaklah sukar. Namun begitu, pemanduan di jalan raya yang dihimpit persisiran indah ini sepatutnya diperlahankan. Lebih elok para pelawat merancang uniuk bermalam di tempat penginapan di pertengahan perjalanan. Menuju ke selatan Hualien, hampir semua orang berhenti seketika di Shitiping iaitu kampung nelayan dan pengkalan bagi meninjau ikan paus. Selain pemandangan memukau di bahagian atas dan bawah persisiran, terdapat juga formasi pelantar batu yang menarik dan ganjil, timbul sewaktu air laut surut. Di selatan Shitiping, ada jalan merentasi Sungai Xiuguluan melalui Jambatan Changhong yang luar biasa. Hentian seterusnya ialah Sanxiantai. Pada asalnya ia sebuah semenaniung tetapi bertukar menjadi pulau akibat hakisan air dan udara. Ia disambungkan ke pulau besar dengan jambatan pejalan kaki yang berlengkung Iapan.


  • Aktiviti berakit ke hilir Sungai Xiuguluan sangat popular di bulan Jun hingga Ogos.
  • Rafting Center atau Pusat Rakit dekat Ruisui selalunya padat dengan para pengunjung yang lengkap memakai helmet dan jaket keselamatan.
  • Setelah menonton video keselamatan, mereka dibahagikan kepada 10 ke 12 orang untuk setiap kumpulan bagi setiap bot dingi.
  • Kembara sepanjang 22 kilometer ini mengambil masa tiga hingga empat jam  dengan berehat di pertengahan perjalanan di kampung orang asli Amis di Qimei.
  • Kebanyakan laluan di Sungai Xiuguluan tidak sukar tetapi ada beberapa selekoh yang sangat dahsyat. Mereka terpaksa berpegang kuat pada bot semasa dihempas kuat oleh arus sungai deras yang berombak putih.
  • Kembara yang sungguh mengujakan ini berhenti di hujung sungai.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Ruisui Rafting Visitor Center
Changhong Bridge