Timur Laut & Wilayah Pemandangan Nasional Pantai Yilan

Pengenalan

Persisiran timur laut berceranggah dengan puncak gunung-ganang, manakala ombak besar menghempas di kaki gunung tanpa henti dengan cukup dramatik. Kawasan pergunungan terhenti di Lanyang Plain yang berbentuk segi tiga di Daerah Yilan.

Mengembara ke selatan dari Bandar Keelung, wilayah pemandangan pertama yang menjadi tarikan pelancong ialah Nanya. Ia dipenuhi formasi batu-batuan pasir dan batu-batan besi aneh yang terdedah akibat hakisan angin dan air buat sekian lama. Binaan seni semula jadi yang terkenal di sini ialah timbunan batu gergasi yang menyerupai aiskrim dua tan yang sedang mencair. Pelantar laluan memudahkan anda berjalan di sekitar dan di atas batu-batuan tongkol.


  • Jalan utama di pelabuhan Aodi ialah lebuh raya yang dibarisi kedai-kedai makan yang menjual makanan laut yang sangat segar di mana baru sahaia ditangkap tiap-tiap pagi. Penduduk tempatan berpusu-pusu ke sini pada huiung minggu dan cuti umum. Seterusnya maju ke depan ialah Fulong Beach, pantai paling popular di timur. Destinasi ini memiliki fasiliti lengkap untuk meluncur angin, berperahu, berkayak dan berkhemah. Ada juga lorong untuk penunggang basikal dan pejalan kaki.
  • Beiguan Tidal Park yang hampir dengan Lanyang Plain, ialah lembangan batu karang yang timbul ke permukaan dari dasar laut akibat aktiviti tektonik berkurun lamanya. Ia diliputi formasi permatang tidak simetri dan batu-batuan yang menyerupai susunan tauhu serta direntasi oleh laluan-laluan sempit yang berselirat.
  • Di seberang persisiran ialah Pulau Guishan atau Pulau Gunung Penyu. Para pelancong perlu menaiki bot dari pelabuhan Wushi untuk ke sini. Dari pandangan jauh, pulau ini memang menyerupai seekor penyu gergasi. Pulau tinggalan gunung berapi ini tidak berpenghuni. Para pelancong pasti teruja melihat kehadiran ikan lumba-lumba dan ikan paus yang berenang berhampiran pulau ini.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Yilan
Beiguan
Guishan Island