Yilan

Pengenalan

Sungguhpun perjalanan singkat dari Taipei melalui Lebuh Raya Nasional No. 5 yang banyak terowong, Daerah Yilan tetap kekal berbeza daripada kemodenan kota raya. Daerah ini merupakan oasis berpohon-pohon yang menghijau, tempat sesuai untuk melarikan diri sebentar daripada kesibukan bandar.


  • Persisiran pantainya yang panjang menghadap Lautan Pasifik, di mana para pelancong berseronok bermain sukan air dan melakukan aktiviti di tepian pantai.
  • Ladang tanaman dan ternakan yang diusahakan di dataran terpencil membekalkan produk segar kepada penduduk Taipei.
  • Gunung-ganang dan kawasan kaki bukit yang bergema dengan bunyian hidupan rimba, dipenuhi kawasan rekreasi hutan dan pusat peranginan kolam air panas yang popular.
  • Taipingshan Forest Recreation Area atau Tempat Rekreasi Rimba Taipingshan merupakan pengkalan pembalakan lama yang dilengkapi pameran peralatan perhutanan.
  • Para pelawat juga boleh menaiki kereta api hutan antik, mempelajari tentang hutan di laluan trek dan menyaksikan lautan kepulan awan yang meliputi lembah pergunungan.
  • Qilan Forest Recreation Area atau Tempat Rekreasi Hutan Qilan merupakan bekas nurseri perhutanan.
  • Di sini terdapat kotej yang pernah diduduki oleh Chiang Kai-shek yang dipamerkan dalam keadaan asal ketika beliau tinggal di sini.
  • Ada pameran mengenai kelompok veteran tentera yang pernah membina jalan dan bekerja di pergunungan ini.
  • Disediakan juga laluan trek rimba dan lawatan yang dibimbing pemandu pelancong.
  • Mingchi Forest Recreation Area atau Tempat Rekreasi Hulan Mingchi yang terletak di puncak tertinggi di Northern Cross-Island Highway, kadang-kadang bersalji di musim sejuk.
  • Di sini ada tasik indah yang tersorok, taman dan kolam ala Dinasti Tang, taman lumut, taman paku-pakis, dan Taman Rimba Memorial Dr. Sun Yat-sen. Kesemua tempat rekreasi ini menyediakan restoran dan hotel penginapan.
  • Tempat-tempat sini terhad jadi perlu ditempah dari awal.
  • Di kaki bukit terletak Jiaoxi, pusat peranginan kolam air panas yang paling maju dan popular di timur laut Taiwan.
  • Terdapat banyak hotel yang bertumpu di sekitar stesen kereta api. Selain menginap untuk bermalam, para pelawat boleh juga menyewa mengikut jam. Di sini turut disediakan pusat spa dan urut.
  • Beberapa kilometer di barat Jiaoxi, tersergam indah Air Teriun Wufengqi tiga tingkat dengan tinjau astaka. Puncaknya sering diselubungi kabus dan wap udara. Tempat ini boleh dilawati melalui laluan trek mudah yang merentasi rimba.
  • Lokasi popular lain yang berorientasikan keluarga ialah Shangrila Leisure Farm atau Ladang Santai Shangrila di altitud  250 meter dari aras laut.
  • Tempat ini menghadap dataran-dataran dan seterusnya pemandangan lautan yang saujana mata memandang.
  • Ladang ini menawarkan chalet dan vila ala Eropah, aktiviti memetik buah-buahan di kebun dan lawatan eko di laluan trek alam semula jadi sambil melihat monyet macaque, rama-rama, kelip-kelip dan katak pokok serta melakukan aktiviti kraf tangan yang meriangkan.
  • Di dataran landai, persisiran yang berdepan pelabuhan perikanan lama, telah musnah dilanda taufan berpuluh-puluh tahun lalu dan kini kembali menjadi lagun yang asal, bersemarak dengan variasi spesies unggas air.
  • Di sini berdiri Muzium Lanyang yang begitu cantik dan menakjubkan kerana seni binanya menyerupai susunan batu berbilang lapis yang timbul dari permukaan bumi akibat aktiviti tektonik di sepaniang persisiran Yilan.
  • Terdapat pameran-pameran menarik mengenai keunikan geologi, sejarah dan budaya Yilan dalam penerangan bahasa lnggeris.
  • Para penguniung perlu membuat tempahan awal untuk lawatan.
  • Kesemua pelawat tempatan dan asing yang pergi ke Yilan, membeli seleksi makanan tempatan yang cukup terkemuka di Taiwan sebagai buah tangan.
  • Kedai-kedai berorientasikan pelancongan muncul di merata tempat dan makanan yang disarankan ialah gula-gula limau kumkuat madu.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taipingshan
Wufengqi Waterfalls
Lanyang Museum

Informasi Shangrila Leisure Farm

168, Meishan Rd., Dongshan Township, Yilan County.
Tel: 886-3-9511-456
Laman Web: http://www.shangrilas.com.tw/shangrila_en