Kunjungi Taiwan dengan mudah melalui lapangan terbang
Penerbangan ke Lapangan Terbang Taoyuan dari ASEAN adalah singkat. Dengan rangkaian pengakutan yang luas dan maju dari Lapangan Terbang Taoyuan, anda boleh mengunjungi bandar-bandar seperti Taipei, Taichung, Kaohsing dan destinasi-destinasi menarik dengan mudah. Perjalanan menjadi mudah kerana THSR, MRT, Kereta Api Taiwan dan bas!
Photo credit: oliver60910
Photo credit: kevinyuan74
Jelajahi pantai barat Taiwan dengan kereta api berkelajuan tinggi
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan atau Taiwan High Speed Rail (THSR) meliputi hampir seluruh Taiwan, menghubungkan ibu kota, Taipei dengan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Taiwan. Jika berminat untuk meneroka pantai barat Taiwan sepenuhnya, anda boleh mendapatkan pas 3 hari dengan NT2,200. Dengan pas ini, anda boleh menikmati perjalanan tanpa had selama 3 hari!

Jelajahi pantai timur Taiwan dengan kereta api Hualien
Jelajahi Taiwan Timur dengan menaiki kereta api dari stesen kereta api Yilan ke stesen kereta api Hualien. Pantai timur Taiwan memiliki keindahan yang unik. Sepanjang perjalanan, anda berpeluang mengambil banyak gambar insta, dengan pemandangan Lautan Pasifik yang luas di samping mengagumi karya seni alam di tebing dan ngarai.
Photo credit: chien_lan
Photo credit: Chien_lan
Nikmati WiFi tanpa batasan
Akses semua dalam talian, daripada mencari maklumat pelancongan dan pengangkutan hingga berkongsi foto-foto masakan Taiwan, keindahan pemandangan dan saat istimewa dengan rakan-rakan.

Menyusuri jalanan dengan basikal (U bike)
Jelajahilah Taipei, Kaoshiung, Changhua atau Taichung dengan Youbike! Sambil menemui lokasi-lokasi yang tersembunyi, anda juga boleh menerokai laluan tersembunyi. Jangan terlepas juga tempat insta!
Photo credit: youbike_tw
Photo credit: taipeisightseeingbus
Kunjungi Taipei dengan bas persiaran
Taipei ialah sebuah bandar yang sibuk. Apakah cara yang lebih baik untuk menerokai mercu tanda yang paling popular? Tentulah dengan bas dua tingkat yang menawarkan lawatan 23 perhentian. Anda juga boleh menikmati WiFi percuma di dalam bas persiaran Taipei. Tangkaplah gambar dan terus kongsi detik perjalanan anda di dalam bas juga!

Kunjungi Tainan dengan berjalan kaki
Tainan dianggap sebagai pusat budaya di pulau ini dan juga destinasi terkenal untuk penggemar makanan. Dalam lawatan ini, anda dapat meneroka cerita dan kisah rakyat yang tersembunyi di pusat bandar Tainan. Jangan lupa untuk mengunjungi Gedung Serbanika Hayashi di pusat bandar Tainan. Selain mengagumi warisan Tainan, anda juga boleh membeli snek dan kraftangan tempatan!
Photo credit: likeitformosa
Photo credit: ching_c13
Lawatan setengah hari percuma untuk pelancong transit
Masih ada masa lapang sebanyak 12 jam sebelum meneruskan penerbangan anda? Ikuti Lawatan Taipei percuma dari Lapangan Terbang Taoyuan yang ditawarkan oleh Biro Pelancongan Taiwan. Anda boleh memanfaatkan lawatan percuma sedia ada atau menggunakan waktu transit untuk bersiar-siar di Bandar Taipei, menyusuri dari jalan lama Sanxia, jalan lama seramik Yingge hingga Taipei 1010 dan taman peringatan Chiang Kai Shek!

Kunci ajaib Taiwan – Pas Taiwan & Kad Easy
Meneroka daerah-daerah Taiwan yang berbeza dengan mudah menggunakan Pas Taiwan. Anda dapat menikmati potongan harga untuk pelbagai cara perjalanan dan tiket tempat pelancongan, semuanya hanya dalam satu kad. Selain itu, jika anda menjelajahi Bandar Taipei dan Kaoshiung secara khusus, anda boleh mendapatkan Kad Easy. Kad Easy boleh digunakan untuk pengangkutan, pembayaran tanpa tunai dan menikmati potongan harga di destinasi pelacongan terpilih!
Photo credit:yiqi_taiwan
Aplikasi pelancong – Aplikasi Pelancongan Taiwan
Pertama kali melancong ke Taiwan? Jangan risau! Jelajahi Taiwan dan dapatkan maklumat tempat penginapan, pelancongan dan restoran dengan satu aplikasi!
Aplikasi pelancong – Aplikasi Pelancongan Taiwan
Pertama kali melancong ke Taiwan? Jangan risau! Jelajahi Taiwan dan dapatkan maklumat tempat penginapan, pelancongan dan restoran dengan satu aplikasi!