Kuil Chaotian Beigang

Pengenalan

Kuil Chaotian di Beigang dibina pada tahun 1694 dan sudah berusia lebih dari 290 tahun. Pemujaan di kuil ini termasuk Dewi Tianshang Shengmu, Buddha Guanshiyin dan dewa-dewa seperti Qianliyan (dewa yang mampu melihat sangat jauh) dan Shunfeng’er (dewa yang mampu mendengar dengan sangat jauh).
Antara lebih daripada 300 buah kuil yang menyembah Mazu (Dewi) di Taiwan, Kuil Chaotian merupakan kuil utama kerana reputasi yang tinggi.


  • Sekitar hari kelahiran Mazu (hari ke-19 bulan ke-3 tahun lunar), penganut-penganut dan kuil-kuil yang berkaitan menuju ke Beigang untuk perayaan.
  • Perarakan di Beigang menonjolkan aktiviti perayaan untuk Mazu. Suara alat muzik tradisional Cina sering didengar ketika Beigang penuh dikelilingi suasana keagamaan.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Kuil Chaotian Beigang

Informasi

Alamat: No.178, Jalan Zhongshan, Perbandaran Beigang, Daerah Yunlin

Tel: +886-5-7832055

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Keluar di Sistem Persimpangan Yunlin → Lebuh Raya Wilayah 78 → Lebuh Raya Wilayah 19 → Jalan Zhongzheng → Jalan Zhongshan.

Pengangkutan Awam

  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Yunlin atau Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Douliu, kemudian tukar ke Bas Ulang-alik Huwei Beigang Y02 untuk pergi ke perhentian Kuil Chaotian Beigang.
  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Douliu, kemudian tukar ke Bas Taixi 7123, 7124 dan turun di perhentian Beigang.
  • Naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Taichung, kemudian tukar ke Bas Taichung 9015 dan turun di perhentian Beigang.