Muzium Biologi dan Akuarium Negara

Pengenalan

Muzium Biologi dan Akuarium Negara terletak di Perbandaran Checheng, Daerah Pingtung, yakni di barat laut Taman Negara Kenting dan kaki bukit Gunung Guishan yang menghadap ke laut. Muzium yang bersebelahan dengan gunung dan laut ini bertujuan untuk memelihara persekitaran ekologi pulau dan lautan yang utuh. Keluasan seluruh kawasan perkhidmatan dan pameran lebih daripada 60 hektar.


Kemudahan Utama

  • Perairan Taiwan: Melalui perjalanan yang sedikit menurun, belajar ekologi air dari gunung tinggi hingga muara sungai dan laut di Taiwan.
  • Alam Karang: Pameran ini menampilkan ekologi terumbu karang yang beragam di Laut China Selatan di terowong bawah laut sepanjang 84 meter.
  • Perairan Dunia: Menunjukkan ekologi laut yang sangat kuno, luhur, dalam dan sejuk. Yang unik sekali, terdapat Tangki Rumput Air Raksasa tertinggi di dunia yang bertingkap tontonan akrilik setinggi 10 meter.
  • Penguin dari Kutub Selatan dan paus beluga dari Kutub Utara yang dibela di muzium ini sangat digemari oleh pengunjung.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Muzium Biologi dan Akuarium Negara

Informasi

Alamat: No.2, Jalan Houwan, Perbandaran Checheng, Daerah Pingtung.

Tel: +886-8-882-5678

Laman Web: https://www.nmmba.gov.tw/En/

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 3 → Keluar di Persimpangan Nanzhou → Lebuh Raya Daerah 187B → Lebuh Raya Wilayah 1 → Lebuh Raya Wilayah 26 → Jalan Perbandaran Ping-153.

Pengangkutan Awam

  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying, kemudian naik Bas Kenting (No. 9188 yang menuju ke Eluanbi) ke Stesen Nanbaoli, lalu tukar ke Bas Ulang-alik Kenting (Laluan Oren yang menuju ke Muzium Biologi dan Akuarium Negara).
  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying, kemudian naik Laluan Laju Kenting (No. 9189 yang menuju ke Kenting) ke Stesen Nanbaoli, lalu tukar ke Bas Ulang-alik Kenting (Laluan Oren yang menuju ke Muzium Biologi dan Akuarium Negara).