Sungai Cinta

Pengenalan

Sungai Cinta mengalir merentasi bandar Kaohsiung. Sungai Cinta dikenali sebagai Sungai Dagou pada zaman Dinasti Qing dan diganti namanya oleh orang Jepun sebagai Sungai Takao. Sungai ini juga disebut Terusan Kaohsiung. Tepi sungai dihiasi dengan tanaman-tanaman hijau dan dikembangkan menjadi kawasan taman yang dihiasi dengan tiang-tiang yang dirantai dengan tali besi. Kawasan ini menjadi tempat yang romantis kepada para kekasih. Oleh itu, sungai ini terkenal sebagai Sungai Cinta.


  • Laluan basikal yang panjang. Anda boleh bersiar-siar dengan santai di lereng tebing sambil menikmati pemandangan dan tiupan angin yang lembut.
  • Pada waktu malam, pengunjung boleh menaiki kapal di pantai timur dan barat untuk menikmati pemandangan Sungai Cinta yang romantis dan menawan.
  • Menikmati minuman kopi di kafe dengan suasana yang berbeza seperti kafe bersuasana sastera dan dataran seni di tepi Sungai Mambo dan Sungai Cinta yang kuno.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Sungai Cinta

Informasi

Alamat: Jalan Hedong, Kawasan Qianjin, Bandar Kaohsiung.

Tel: +886-7-799-5678(Kerajaan Bandar Kaohsiung)

Laman Web: https://khh.travel/en/attractions/detail/499

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 1 → Persimpangan Kaohsiung → Jalan Zhongzheng 1 ke Jalan Zhongzheng 2 → Jalan Minzu 2 → Jalan Minsheng 1 ke Jalan Minsheng 2 → Jalan Hedong.

Pengangkutan Awam

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) / Kereta Api Taiwan (TRA) / Bas:

  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying atau Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kaohsiung, kemudian tukar ke Metro Kaohsiung untuk menuju ke Majlis Bandar.