Maklumat Pengangkutan

Pengenalan

Perkhidmatan bas pelancongan yang menyenangkan ini mengikut laluan ke stesen Kereta api konvensional dan stesen tren transit aliran ringan serta kawasan-kawasan yang menarik minat pelancong.

Shuttle Pelancong Taiwan

  • Shuttle Pelancong Taiwan adalah satu perkhidmatan bas awam yang direka khas untuk pelancong di Taiwan. Dari Keretapi Taiwan dan stesen-stesen THSR, ia membawa pelawat ke semua kawasan pemandangan indah utama di negara ini.
  • Untuk mereka yang tidak ingin memandu sendiri untuk jarak yang jauh atau menyertai satu kumpulan lawatan berombongan, Shuttle Pelancong Taiwan merupakan pilihan terbaik. Ia membantu mengurangkan pembebasan karbon dan oleh itu ia adalah satu cara mesra alam untuk menjelajah satu tempat baru.
  • Hentian bas Shuttle Pelancong Taiwan termasuk Nanzhuang yang kaya dengan tarikan budaya Hakka, Tasik Sun Moon dengan berlatarkan gunung-ganang dan air yang indah, Alishan yang dipenuhi dengan aroma teh, dan Hengchun dengan pantai berpasir putih dan deretan pokok-pokok kelapa.
  • Shuttle Pelancong Taiwan mempunyai laluan yang paling langsung yang menghantar pelawat ke destinasi mereka dalam cara yang paling efisien. Tambangnya tidak mahal, masa menunggu tidak lama, dan hentiannya terletak di lokasi yang menyenangkan. Jika anda ingin menghayati Taiwan secara mendalam, silalah cuba menaiki Shuttle Pelancong Taiwan dan nikmatilah kecantikan unik negara ini.

Cari maklumat Shuttle Pelancong Taiwan:

Klik Disini

Maklumat Tiket Kombo

  • Terdapat pelbagai tiket kombo yang ekonomik untuk dipilih.
  • Silalah cuba untuk menggunakan perkhidmatan ini dan rancang perjalanan anda sendiri sambil bersantai.

 

Belajar lebih banyak mengenai maklumat tiket kombo

Ketahui Lebih Lanjut

Berseronoklah dengan Shuttle Pelancong Taiwan

  • Apakah cara terbaik untuk menggunakan Shuttle Pelancong Taiwan? Di sini adalah itinenari yang kami syorkan. Malah, terdapat banyak lagi keseronokan menanti anda dengan Shuttle Pelancong Taiwan!.

Dapatkan lebih banyak maklumat mengenai laluan untuk diambil.

Ketahui Lebih Lanjut

Bas Shuttle Pelancong Taiwan

Berseronoklah dengan Shuttle Pelancong Taiwan

Maklumat Lain

Penukaran dari lapangan kapal terbang Taoyuan ke Bandar Taipei

  • Terminal 1: Perkhidmatan bas boleh didapati di aras B1 Dewan Ketibaan
  • Terminal 2: Perkhidmatan bas boleh didapati di arked timur laut aras 1 Dewan Ketibaan.
  • Pembelian tiket bas di kaunter bas.
  • Bas aliran Kuokuang bernombor 1819 untuk ke stesen utama Taipei berharga NT$125.

Bas Awam di Taipei:

  • Untuk pengunjung, adalah lebih praktikal melihat dahulu laluan yang ingin di ambil menggunakan buku panduan atau peta Google. Ini lebih memudahkan anda untuk memahami sistem perjalanan yang diambil.
  • Nota penting yang perlu di ingat ialah warna huruf atau karakter Bahasa Cina tersebut seperti R atau 紅 untuk merah. Sepanjang laluan merah tersebut terdapat stesen MRT.

Sistem Warna Bas di Taipei:

  • Bas Awam terdapat 5 jenis warna

棕 BR (Coklat)

紅 R (Merah)

橘 O (Oren)

綠 H (Hijau)

藍 BL (Biru)

  • Jika bas tersebut memaparkan karakter 上 (disebut sebagai shang, “naik”) anda perlu membayar NT$15 secara tunai atau mengimbas EasyCard ketika masuk bas.
  • Jika bas memaparkan karakter下(disebut sebagai xia, “turun”), anda perlu membayar NT$15 secara tunai atau mengimbas EasyCard ketika turun bas.

BASIKAL

Sistem Penyewaan Basikal Awam

  • Anda boleh menyewa basikal seperti U-Bike di Taipei ,Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Taichung, Changhua dan Kaohsiung menggunakan sistem YouBike.
  • Tainan, Kota Pingtung dan Kinmen masing-masing mengendalikan sistem mereka sendiri, iaitu T-Bike (tbike.tainan.gov.tw), Pbike (pbike.pthg.gov.tw) dan K-Bike.
  • Dengan hanya menggunakan EasyCard yang telah didaftarkan, anda boleh menyewa basikal tersebut dan menghantar basikal itu semula ke lokasi basikal yang lain.

Cari maklumat U-Bike (Versi Bahasa Chinese sahaja)

Klik Disini