Maklumat Pengangkutan

Pengenalan

  • Pengangkutan di Taiwan mempunyai reputasi yang baik dengan selamat, cekap dan sistematik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan memendekkan masa perjalanan.
  • Antaranya pengangkutan yang menawarkan perjalanan yang benar-benar menyenangkan termasuklah Landasan Kelajuan Tinggi, Rapid Transit Systems, Taoyuan Airport MRT Systems, bas, basikal dan kereta sewa.
  • Pelancong-pelancong digalakkan mendaftar Easycard terlebih dahulu untuk memeudahkan semasa menaiki pengangkutan awam.

Keretapi THSR Anggun

Kelas Bisnes HSR

Landasan Kelajuan Tinggi

  • Kereta api di landasan kelajuan tinggi (HSR) memecut pantas antara Taipei Main Station dengan Zuoying, Kaohsiung dalam satu hari(345 kilometer).
  • Taiwan terdapat 12 buah stesen THSR: Nangang, Taipei, Banqiao, Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Taichung, Changhua, Yunlin, Chiayi, Tainan dan Zhuoying.

Taiwan Railways Administration

  • Kereta api konvensional diuruskan oleh Taiwan Railways Administration (TRA). Perkhidmatan kereta api disediakan di kota-kota besar dan bandar-bandar kecil di persisiran barat dan timur.
  • Harga tiket bergantung kepada jarak dan jenis kereta api. Keretapi ekspres Tzu-chiang ialah yang paling laju dan mahal.
  • TRA merentasi kawasan pemandangan indah di Pingxi Line berhampiran Taipei dan Jiji Line di tengah Taiwan yang menyajikan panorama memukau.

Rapid Transit Systems

  • Bandar-bandar yang kini menawarkan perkhidmatan metro di Taiwan adalah Taipei, Kaohsiung dan Taoyuan. Sistem Taipei Rapid Transit (TRTC) terdiri daripada tujuh laluan, Kaohsiung Rapid Transit Corp mempunyai dua laluan dan Taoyuan Metro mempunyai satu laluan. Taoyuan Metro menyediakan akses mudah ke lapangan terbang dan merupakan pengangkutan alternatif untuk pelancong yang ingin melawat Taipei dari Taoyuan
  • Anda boleh membeli token IC satu perjalanan, prabayar EasyCard, iPASS, ICASH atau pas sehari bergantung pada rancangan perjalanan anda.
Route Map
Route Map
Route Map

Maklumat Tiket Pengangkutan

Harga tiket dan Banyak Lagi

  • THSR menawarkan tiga jenis tiket : kelas bisnes, standard dan bukan rezab. Kedua-dua pemegang tiket kelas bisnes dan standard akan mempunyai tempat duduk yang direzabkan.
  • Mereka yang mempunyai tempat duduk bukan rezab boleh memilih sebarang tempat duduk yang ada di gerabak bukan rezab pada tarikh perjalanan.
  • Diskaun untuk pelanggan awal ada diberikan, dan begitu juga untuk tiket-tiket perjalanan berulangkali, warga emas dan kanak-kanak. Setiap jenis tiket dijual pada harga yang agak berbeza.
  • Sila ambil perhatian kepada tempoh tarikh di mana anda mesti mencetak tiket anda. Tempahan awal mesti dibayar dalam tempoh tiga hari.

Bagaimana Mengambil Keretapi THSR

Langkah 1

Masukkan tiket dari pintu kanan dan dapatkannya semula setelah anda melaluinya. Pastikan anda melalui pintu itu dari sebelah kiri. Tunggu keretapi itu di kawasan menunggu platform anda. Sila tunjukkan tiket anda apabila konduktor hendak memeriksanya.

Langkah 2

Tunggu keretapi itu di kawasan menunggu platform anda. Sila tunjukkan tiket anda apabila konduktor hendak memeriksanya.

Langkah 3

Semasa meninggalkan stesen itu, masukkan tiket dari bahagian kanan pintu itu. Tiket itu tidak akan dipulangkan pada kali ini.

Perkhidmatan Pelanggan THRS

Panggilan Antarabangsa: +886-2-4066-3000 | Tempatan: 4066-3000
Kawasan Miaoli: 4266-3000
Kawasan Taitung dan Kinmen: 4666-3000
Kawasan Matsu dan telefon mudahalih: +886-2-4066-3000 (Nota: Panggilan adalah bukan bebas tol.)


Jadual Rasmi Kereta Api THSR dan Harga Tiket

Klik Di Sini

Maklumat Lain

Sambungan Dari Lapangan Terbang

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan 

  • Taoyuan MRT: Kereta api Ekspres dan Komuter berhenti di stesen A12 (Terminal Lapangan Terbang 1) dan A13 (Terminal Lapangan Terbang 2) mempunyai selang waktu sekitar 7.5 minit (Kereta api ekspres dan Komuter secara bergantian).
  • Koc yang bergerak terus ke Taipei, Banqiao, Xindian, Taoyuan, Zhongli, Taichung dan Changhua boleh didapati di Teminal 1 dan 2 (T1 dan T2).
  • Penumpang sila buat pertanyaan di kaunter tiket.
    • T1 tempat penjemputan dan penurunan penumpang: B1, Balai Ketibaan.
    • T2 tempat penjemputan dan penurunan penumpang: Bahagian timur laut tingkat satu, Balai Ketibaan.
  • Rel Kelajuan Tinggi Taiwan: Kereta api ke Stesen Taoyuan boleh didapati di T1 dan T2.
  • Teksi: Perkhidmatan teksi 24 jam boleh didapati di T1 dan T2.
  • Pemandu teksi boleh membawa penumpang ke sekitar Taiwan dengan harga yang berpatutan dan standard bergantung pada keperluan pelancong.

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung

  • Di terminal lapangan terbang, pelancong boleh menaiki Transit Aliran Massa Laluan Merah Kaohsiung ke Stesen Kereta Api Kaohsiung (Stesen Utama) atau ke Stesen Rel Kelajuan Tinggi Zuoying dan bergerak ke bandar-bandar lain.

Easycard (MRT Card)

  • Easycard adalah tiket dengan sistem IC untuk metro, bus dan tempat parkir. Ketika penumpang melewati pintu masuk, Easycard akan terbaca melalui sensor dan biaya perjalanan akan dipotong saat keluar dari area MRT.
  • Datangi salah satu toko serba ada yang bertanda “kad mudah” maka anda dapat melakukan pengisian ulang. Jumlah setiap kali pengisi adalah NT$500 atau lebih.
  • Kad ini dapat diisi ulang dengan wang tunai atau kad kredit melalui mesin pengisian ulang yang tersedia di stesen MRT. Jumlah setiap kali pengisian adalah NT$100 atau lebih.

Easycard (MRT Card)