Pengangkutan Mesra Muslim
Di samping ketersambungan, Lapangan Terbang Taoyuan dan stesen kereta api di seluruh Taiwan juga sangat mesra untuk pelancong Muslim!
Di Lapangan Terbang Taoyuan, terdapat dua buah bilik solat Muslim di kawasan transit. Sebuah terletak di Terminal 1 berhampiran Pintu B3 dan sebuah lagi di Terminal 2 berhampiran Pintu C1. Bilik solat ini dibuka 24 jam.
Info: https://www.halaltrip.com/airport-details/72/taiwan-taoyuan-international-airport/
Penginapan untuk Pelancong yang Mengikut Fesyen
Sama ada melancong secara solo, dengan rakan atau keluarga, anda mudah mencari penginapan mesra Muslim yang tersedia dengan petunjuk kiblat.
Setelah menamatkan hari yang menyeronokkan, belai diri anda di bilik mandi dan bermandi mata air panas di ruangan privasi yang selesa. Jangan lupa juga menikmati makanan halal yang sedap di restoran hotel.
Info: https://talktous.innity-asia.com/2022/my/taiwan-tourism/taiwan-mesra-muslim/hotel/
Menikmati Makanan Halal
Mencari makanan halal dan lazat di Taiwan sangan mudah! Anda boleh melihat papan sijil halal yang dipamerkan di restoran. Terdapat dua jenis sijil halal, iaitu pengiktirafan daripada Persatuan Pembangunan Integriti Halal Taiwan dan Persatuan Muslim Cina Taiwan.
Persatuan Muslim Cina Taiwan mengklasifikasikan “restoran halal” sebagai premis milik orang Islam, sementara “restoran mesra Muslim” ialah premis milik bukan orang Islam. Kedua-dua jenis restoran ini disahkan sepenuhnya halal.
Info:
http://www.thida.org/index.php/musliamrest/taipei/9-kunming-islamic-food
https://www.taiwan.net.tw/m1.aspx?sno=0020118
Photo credit: fathinmurtadlo
Photo credit: iffandyapopy
Tanda Tempat Kepercayaan Islam di Taiwan
Berdoa pada waktu tertentu merupakan salah satu perkara penting sebagai seorang Muslim. Dengan masjid dan bilik solat tersedia di seluruh Taiwan, anda boleh mengikuti amalan keagamaan anda semasa menjelajah Taiwan!
Info: https://www.halaltrip.com/mosque-search/?f=Taiwan&c=Taiwan
Menjelajah Taiwan secara Mendalam dengan Orang Tempatan
Kenapa melancong seperti orang lain apabila anda boleh menjelajah Taipei dengan orang Tempatan? Bukankah baik jika anda ditemani seseorang yang menerangkan perkara menarik kepada anda?
Sebelum lawatan, soal selidik tentang jangkaan anda akan dijalankan, dan seterusnya lawatan khas Taipei dirancang untuk anda!
Info: https://www.cityunscripted.com/taiwan/taipei-tours/full-day-personalized-experience-in-taipei
Photo credit: zaii_ali
Panduan Membeli-belah di Taiwan
Ingin membeli snek untuk dibawa pulang? Cadangan kami adalah seperti berikut!
- Tart nanas Vigor Kobo 10 keping/kotak, RM50
- Tart kacang merah Royal Family, RM13/kotak
- Gula nougat Yuki & Love, RM14/kotak
- Mochi teh hijau TK Makanan, RM7/bag
- Jeli buah Yuki & Love, RM14/bag
Melancong Taiwan dengan Cara Tersendiri
Mahu melancong bersama dengan rakan dan keluarga? Mahu cari pemandu pelancong yang dapat memenuhi pengalaman halal?
Cubalah pakej pelancongan Yilan dan Tasik Sun Moon! Dengan destinasi seperti Masjid Besar Taipei, Pusat Seni Tradisional Yilan, Tasik Sun Moon dan ladang eko, atau buat sabun sendiri di bengkel Teasoap! Anda pasti mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Info: https://taiwanhalal.com/tour-package/2/yilan-and-sun-moon-lake-6d5n.html
Photo credit: boniuonthemove
Rasai Budaya Islam di Taiwan
Apabila menyebut tentang perayaan akhir tahun di Taipei, Festival Makanan dan Kebudayaan Islam mungkin bukan perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda. Namun, semua orang pasti mendapat sesuatu daripada festival terbuka di Taman Perhutanan Daan ini!
Vendor-vendor menawarkan pelbagai jenis makanan, kraf tangan dan aktiviti kebudayaan Islam, jadi anda berpeluang menikmati budaya Islam di Taiwan!
*Harap maklum bahawa acara ini ditunda ke Mac 2021 kerana wabak COVID-19.
Alamat: Daan Forest Park, 1, Xinsheng S Rd Sec 2, Taipei City
Tour Taiwan– Aplikasi Maklumat Pelancongan
Pelancong Muslim kini lebih senang untuk melancong ke Taiwan daripada dahulu!
Dengan adanya maklumat pelancongan dan sumber seperti Tour Taiwan, pengalaman anda di Taiwan akan menjadi luar biasa!
Info:
App Store
Google Play
Laman Web dan Media Sosial Malaysia / Indonesia untuk Pelancongan Taiwan
Mengunjungi Taiwan untuk kali pertama dan mencari maklumat untuk rancangan pengembaraan anda?
Kami sedia membantu! Dengan maklumat pelancongan Taiwan yang melayani pelancong dari Malaysia dan Indonesia, anda boleh mulai percutian Taiwan anda dengan segera!
Info:
https://talktous.innity-asia.com/2022/my/taiwan-tourism/
https://taiwantourism.id/