Changhua

Pengenalan

Dahulu Lugang ialah bandar kedua terbesar di Taiwan tapi kini kedudukannya telah lama diatasi oleh kota-kota besar. Pada 1680an, Lugang merupakan penempatan perdagangan yang berkembang maju. Di kalangan populasi penduduk ialah golongan pedagang Cina Muslim berketurunan Parsi. Mereka membawa beras dan gula tempatan ke Tanah Besar China dan mengimport kain dan pinggan-mangkuk. Mereka meninggalkan kesan sejarah yang kekal terpahat di bandar ini.  Peninggalan unsur keagamaan terserlah pada hiasan berkerawang yang terdapat di Tianhou Temple. Untuk mengetahui kehidupan penduduk Lugang yang kaya-raya di zaman lampau, lawati Ding Mansion yang telah menjangkau 150 tahun.


  • Lugang Folk Arts Museum ialah mahligai cantik ala baroque yang dibina pada 1920an. Muzium ini sarat dengan buku-buku lama, dokumen, potret, peralatan muzik, perabot antik dan pakaian tradisional.
  • Sepanjang Zhongshon Road yang berhampiran Tianhou Temple telah menjadi pasar besar pada huiung minggu. Kawasan kejiranan ini dibanjiri pengukir kayu, pembuat lantera, tukang besi dan pakar kraf lain.
  • Di No. 400-1, bengkel Chen Chao-tsung membuat dan mewarna kipas tangan yang sentiasa dibawa oleh golongan wanita Lugang pada abad ke-18.
  • Sepaniang Putou Street dan Yaolin Street – kedua-dua jalan terlalu sempit untuk dilalui oleh kereta para penguniung dapat mencari variasi cenderamata yang menambat hati serta terpukau melihat bangunan-bangunan tradisional yang fotogenik.
  • Dari Pasar Nombor l, para pengunjung boleh menuju ke Nine-Turns Lane, jalan yang dibina berliku-liku untuk menghadang angin musim seiuk yang membawa pasir.
  • Sebahagian dari Wilayah Pemandangan Nasional Tri-Mountain, di sini berdiri patung Buddha gergasi di atas Baguashan yang melambangkan simbol Changhua. Ia rabung bukit yang merentasi di tenggara Bandar Changhua.
  • Di sepanjang lorong dan jalan-jalan desa yang sunyi, anda tentu terpana melihat rama-rama berwarna-warni terbang dari satu bunga ke bunga lain atau ribuan burung yang berhiirah, terbang tinggi di langit biru.
  • Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi dan lari daripada kesibukan kota-kota besar di Taman Hutan Tianzhong. Ia diliputi hutan rimba yang tebal dan bukit-bukau setinggi 325 meter dari aras laut. Di sini disediakan fasiliti untuk perkelahan.
  • Seluruh keluarga pasti girang berjalan santai di sepaniang trek Tea Trail sambil melihat panorama indah seperti ladang-ladang tanaman, Sungai Zhuoshui-laluan air terpaniang di Taiwan dan Selat Taiwan yang memukau sesiapa sahaja berkunjung ke sini.
  • Dikurniakan iklim yang sesuai untuk penanaman dengan 250 buah nurseri, Tianwei merupakan daerah pengeluar bunga yang utama di Taiwan.
  • Terdapat pelbagai jenis bunga pasu dan bunga-bunga yang sudah dipetik, dijual kepada para pengunjung termasuk bunga kekwa, tulip, orkid, azalea, teluki, bunga matahari dan Violet yang menyerlah mengikut musim.
  • Houche Lane lebih lurus dibarisi rumah-rumah klasik termasuk rumah besar di No. 8 yang sudah runtuh, hampir kesemuanya berusia lebih 200 ratus tahun.
  • Pada kurun terdahulu, Wenkai Academy merupakan sekolah terpenting di Yugang. la diasaskan pada tahun 1827 untuk menyediakan pelaiar-pelaiar yang mengambil peperiksaan awam diraja. Keiayaan yang diraih membawa prestii tertinggi kepada para pelajar, keluarga dan kampung halaman mereka.

Galleri