Daerah Komersil Xinyi: Paparan Kemegahan
Pengenalan
Daerah Komersil Xinyi merupakan wadah perniagaan dan seni bina yang bertapak di atas tanah yang mana pada 20 tahun lalu hanyalah padang kosong. Berdiri megah ialah bangunan pencakar langit yang tertinggi di Taiwan, Taipei 101. Tidak berapa lama dahulu, ia pernah dinobatkan sebagai bangunan paling tinggi di dunia. Di bahagian bawah terdapat pusat membeli-belah setinggi empat tingkat yang dibarisi oleh gedung dan kedai berjenama antarabangsa.