Daerah Komersil Zhongxiao-Dunhua dan Wufenpu
Pengenalan
Daerah Timur Taipei merupakan pusat utama bagi syarikat kewangan besar, perusahaan antarabangsa, pusat membeli-belah dan gedung serbaneka yang berjenama. Sebelum Daerah Xinyi berkembang pesat dua dekad yang lalu, syurgawi membeli-belah bertempat di daerah komersil antara persimpangan Jalan Zhongxiao dan Jalan Dunhua. la berterusan di atas laluan MRT yang menjadi tumpuan orang ramai. Hab utama ialah Pacific SOGO Department Store yang putih bersinar dikelilingi pusat membeli-belah, restoran dan butik. Di sepaniang selatan Dunhua ialah Bulatan Trafik Renai, hab untuk butik-butik pereka antarabangsa yang mengujakan serta Kedai Buku Eslite yang dibuka 24 jam.