Rumah Api Eluanbi
Pengenalan
Eluanbi dikenali sebagai “Hujung Taiwan”. Taman Eluanbi dibina pada tahun 1982 untuk menyediakan tempat yang sesuai kepada pengunjung untuk melawat kawasan paling selatan Taiwan. Selain itu, terdapat salah satu mercu tanda yang terkenal, iaitu Rumah Api Eluanbi yang juga dikenali sebagai “Cahaya Asia Timur”. Rumah api ini setinggi 21.4 meter dan merupakan rumah api paling terang di Asia. Taman ini seluas 59 hektar.
Informasi
Alamat: No. 90, Jalan Dengta, Perbandaran Hengchun, Daerah Pingtung.
Tel: +886-8-885-1111
Waktu Operasi:
● Musim Panas (Apr.- Okt.) 09:00 – 18:00
● Musim Sejuk (Nov. – Mar.) 09:00 – 17:00
※ Tutup pada hari Isnin
Maklumat Pengangkutan
(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)
Pengangkutan
- Lebuh Raya Nasional 3 → Keluar di Persimpangan Nanzhou → Lebuh Raya Daerah 187B → Lebuh Raya Wilayah 1 → Lebuh Raya Wilayah 26 → Hengchun → Kenting → Taman Eluanbi.
Pengangkutan Awam
- Naik kapal terbang ke Kaohsiung atau naik Kereta Api Taiwan (TRA) ke Kaoshiung atau Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying, kemudian naik Bas Kenting (No. 9188 yang menuju ke Eluanbi) dan turun di Stesen Eluanbi.
- Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying,kemudian naik Laluan Laju Kenting (No. 9189 yang menuju ke Kenting) ke Stesen Nanbaoli, lalu naik Bas Ulang-alik Kenting (Laluan Oren yang menuju ke Eluanbi) untuk ke Stesen Eluanbi.