Yunlin

Pengenalan

Purata ketinggian Wilayah Pemandangan Huashan ialah hampir 1,000 meter dari aras laut. Wilayah ini menyajikan landskap semula jadi yang memukau dan budaya kampung yang menarik. Ladang kopi, hutan rimba yang subur, laluan trek dan tempat perkelahan sedang menunggu para pengunjung yang tidak sabar menghirup udara segar dan mempelajari tentang ekologi tempatan. Anda perlu menyewa kereta untuk pergi ke Huashan.


  • Salah sebuah taman hiburan yang paling diminati di Taiwan ialah Janfusun Fancyworld. Taman ini memiliki Roda Ferris terbesar di Taiwan setinggi 88 meter iaitu Sky Wheel. Sewaktu ia berputar perlahan, para penumpang teruja menyaksikan pemandangan yang mengagumkan di barat, merentasi daerah landai yang terpencil dan panorama bukit­bukau di timur. Taman ini ada pelbagai gelungsur air dan 3 buah kereta api luncur buatan Swiss yang memberikan keriangan yang tidak terhingga kepada para pengunjung. Selepas itu, mereka boleh mencuba melakukan aksi akrobatik atau hanya meninjau barisan kedai.
  • Gukeng Township merupakan daerah penanaman kopi yang terkemuka di Taiwan. Tempat ini menghasilkan biji kopi Arabica berkualiti tinggi yang telah memenangi hati penduduk di seluruh Taiwan.
  • Pada setiap musim luruh, festival kopi menampilkan persembahan muzik dan aktiviti seni kraf tangan.
  • Teh yang berkualiti tinggi turut dihasilkan di pulau ini.
  • Selain kopi, Gukeng juga tersohor dengan madu asli dan buah longan. Bahan-bahan ini sering digunakan dalam masakan serta dijadikan snek dan manisan.
  • Madu pelbagai perisa menjadi buah tangan popular, sementara semangkuk aiskrim madu atau longan menjadi kegemaran ramai di waktu petang yang panas.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Huashan

Informasi

67, Dahu Kou, Yongguang Village, Gukeng Township, Yunlin County, Taiwan.
Tel: +886-5-582-5789
Laman Web: http://fancyworld.janfusun.com.tw/en/