Hualien
Pengenalan
Selain Yilan dan Taitung, sebuah lagi bandar kecil yang molek terletak di Persisiran Timur Taiwan ialah Hualien. Ia lokasi yang relaks dan santai di mana masa bergerak perlahan dan orang ramai sentiasa melemparkan senyuman. Jajahan Qixingfan atau Tasik Tujuh Bintang yang berada di barat laut bandar ini, merupakan teluk melengkung yang cantik. Teluk ini menghadap Lautan Pasifik yang hijau membiru, sementara di belakangnya ialah Qingshui Cliff, cenuram yang menggerunkan. Ia berbatu-batu panjangnya dan beribu-ribu kaki tingginya. Terdapat laluan basikal yang bersambung dengan rangkaian laluan di bandar dan daerah berdekatan. Antara fasiliti di sini ialah Taman Arca Baru, Plaza Melihat Bintang, Bangunan Mentari Terbit dan taman botani di tepi pantai.
Informasi
189, Fude, Yanliao Village, Shoufeng Township, Hualien County, Taiwan.
Tel: +886-3-8123-199
Laman web: www.farglory-oceanpark.com.tw
Pengenalan
East Rift Valley National Scenic Area
Wilayah Pemandangan Nasional Lembah Lurah ialah lembah kedesaan yang menenangkan jiwa dengan melakukan aktiviti berbasikal di rangkaian laluan yang luas, minum air teh tempatan, berendam dalam kolam air panas di pusat peranginan dan menjelajah lurah sepanjang 150 kilometer antara Central Mountain Range dengan Coastal Mountain Range. Tasik terbesar di daerah ini, Tasik Corp (Liyu), berada di kaki pergunungan di barat daya Bandar Hualien.
Pengenalan
East Coast National Scenic Area
Jalan utama menuju ke Wilayah Pemandangan Nasional Persisiran Timur (www.eastcoast-nsa.gov.tw) ialah Highway 11. Memandu dari Bandar Hualien ke Bandar Taitung dalam satu hari tidaklah sukar. Namun begitu, pemanduan di jalan raya yang dihimpit persisiran indah ini sepatutnya diperlahankan. Lebih elok para pelawat merancang uniuk bermalam di tempat penginapan di pertengahan perjalanan. Menuju ke selatan Hualien, hampir semua orang berhenti seketika di Shitiping iaitu kampung nelayan dan pengkalan bagi meninjau ikan paus. Selain pemandangan memukau di bahagian atas dan bawah persisiran, terdapat juga formasi pelantar batu yang menarik dan ganjil, timbul sewaktu air laut surut. Di selatan Shitiping, ada jalan merentasi Sungai Xiuguluan melalui Jambatan Changhong yang luar biasa. Hentian seterusnya ialah Sanxiantai. Pada asalnya ia sebuah semenaniung tetapi bertukar menjadi pulau akibat hakisan air dan udara. Ia disambungkan ke pulau besar dengan jambatan pejalan kaki yang berlengkung Iapan.