Jinshan dan Muzium Juming

Pengenalan

Jinshan berada di pertengahan persisiran utara, di mana lebuh raya persisiran timur barat bertembung dengan lebuh raya Yangmingshan, Taipei. Tarikan pelancong yang popular di bandar pelabuhan ini ialah Jinbaoli Old Street yang telah dibaik pulih. Ia dibarisi bangunan kuno sejak dari zaman Dinasti Qing dan bangunan dari era kolonial Jepun. Kebanyakan penduduk tempatan datang ke sini untuk menjamu selera. Berpusu-pusu orang ke sini pada waktu siang untuk menikmati masakan daging angsa yang dijual di depan Zhangsheng King’s Temple. Pada huiung minggu dan cuti umum, ramai pelancong memenuhi jalan dari semua arah sambil membawa pinggan yang penuh dengan makanan. Kedai-kedai makan di sini bekerjasama di mana anda boleh ambil makanan dari mana-mana kedai dan bawa ke meja. Selepas makan, bagaikan magis, pekerja-pekerja akan muncul dan memberi bil untuk dibayar.


  • Pernah lihat dengan mata sendiri arca hampir sebesar padang bola? Jika belum, Muzium Seni Juming mungkin memiliki sesuatu yang unik dalam pengalaman kembara anda. Sebuah muzium seni yang diasaskan oleh seorang artis seni halus arca, muzium ini sangat menarik untuk dikunjungi.
  • Personaliti ternama di Jinshan barangkali Ju Ming, pengarca yang terkemuka di Taiwan. Muzium Juming mempamerkan arca-arca besar di halaman yang begitu mengkagumkan. Ia berada di puncak bukit menghadap Jinshan dan menghala ke arah lautan.
  • Juming telah jauh mengembara, bermula sebagai perantis pengukir kayu di kuil di Daerah Miaoli dan akhirnya mendapat pengiktirafan global melalui pameran-pameran antarabangsa yang beliau sertai. Halaman muzium seluas 10 hektar ini merupakan taman arca terbesar di Taiwan yang memaparkan 500 patung arca Juming. Sementara fasiliti-fasiliti di dalam muzium mempamerkan lukisan-lukisan beliau yang hampir sama jumlahnya.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Jinshan
Juming Museum