Lawatan Kereta Api

Home>Panduan Pelancong>Tarikan>Lawatan Kereta Api

Kereta api Taiwan menawarkan pelbagai pengalaman yang tidak habis-habis, pemandangan di sepanjang laluan kereta api Taiwan juga menyediakan pelbagai pemandangan menarik yang tidak terhingga. Jika anda ingin melihat secara dekat keindahan pulau tersebut tanpa menghadapi masalah di jalan raya yang asing dan kekecewaan kerana kesesakan lalu lintas, maka lawatan dengan menaiki kereta api merupakan pilihan terbaik anda untuk mempesonakan diri dalam pantai yang memikat, gunung yang mengagumkan, tanah ladang yang tenang dan kawasan desa yang mengasyikkan.

Sejarah kereta api di Taiwan bermula pada tahun 1887, yakni pada zaman kemerosotan Dinasti Qing, apabila pegawai kerajaan Liu Ming-chuan memulakan kerja pembinaan trek di bahagian utara pulau tersebut. Orang Jepun memperkembangkan trek permulaan itu apabila mereka menduduki Taiwan dari tahun 1895 hingga 1945, dan rangkaian mengelilingi pulau siap selepas pulau itu dipulihkan kepada pemerintahan China. Hari ini, lebih daripada satu abad selepas permulaannya yang kecil, rangkaian kereta api Taiwan yang mudah digunakan terdiri daripada Kereta Api Utama Pantai Barat, Kereta Api Utama Pantai Timur, Kereta Api Penghubung Utara dan Kereta Api Penghubung Selatan. Perkhidmatan penumpang dibahagikan kepada empat kelas, menawarkan pilihan kepada pelancong bergantung pada destinasi mereka, kesegeraan perjalanan mereka dan anggaran perbelanjaan mereka.

image01

Kereta Api Hutan Alishan

image02

Stesen Kereta Api Hsinchu, Penuh Pesona Nostalgia

image03

Garaj Sektor TRA

Pemandangan di sepanjang jalan kereta api meluncur dalam urutan perubahan yang tidak berkesudahan, dan setiap laluan mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri. Sifat muka bumi pulau ini yang panjang, sempit dan bergunung-ganang mewujudkan landasan kereta api panjang dengan pemandangan indah gunung dan sungai, dan para penumpang kereta api dapat menghayati pemandangan yang tidak dapat dicapai jika menggunakan lebuh raya. Landasan kereta api Taiwan jauh lebih daripada sekadar alat pengangkutan; landasan-landasan tersebut mewujudkan pertalian yang mendalam dengan perkembangan budaya dan masyarakat tempatan, serta telah meninggalkan sejumlah besar peninggalan sejarah, termasuk stesen dan bahagian trek lama yang mengimbau kembali masa lalu serta mendedahkan aspek unik sejarah tempatan.

Untuk maklumat lanjut tentang lawatan kereta api, sila layari laman web Taiwan Railways.

Berikut ialah pengenalan ringkas tentang ciri-ciri laluan kereta api utama di Taiwan:

Sistem Laluan Utama Pantai Barat:

Sistem ini termasuk Laluan Utara-selatan Keelung ke Kaohsiung, Laluan Taichung (Zhunan ke Changhua), Laluan Pingtung (Kaohsiung ke Fangliao), dan Kereta Api Penghubung Selatan (Fangliao ke Taitung).

1. Laluan Utama, Laluan Taichung, Laluan Pingtung:

Bandar utama yang diliputi oleh sistem ini termasuk utara ke selatan, Keelung, Taipei, Taoyuan, Hsinchu, Miaoli, Taichung, Changhua, Yunlin, Chiayi, Tainan, Kaohsiung dan Pingtung. Setiap bandar ini mempunyai adat resam tempatan dan pemandangan semula jadi tersendiri, jadual perjalanan melalui bandar-bandar tersebut juga agak berbeza. Para pelancong boleh mengatur lawatan ke kawasan metropolitan Taipei, Taichung dan Kaohsiung, mereka boleh menikmati makanan istimewa terkenal Miaokou di Keelung, melihat Tokong Dewa Pelindung Kota yang menarik di Hsinchu, merasai snek Tamsui dan makanan laut Pingtung, menikmati tembikar Yingge dan budaya ukiran kayu Sanyi, serta memerhatikan tapak bersejarah Sanxia dan Tainan. Mereka juga boleh memilih lawatan merentas kawasan luar bandar Chiayi, atau menonton burung di muara sungai Sungai Keya di Hsinchu atau Sungai Zengwen di Tainan.

2. Kereta Api Penghubung Selatan:

Ini merupakan satu-satunya laluan kereta api di Taiwan yang membolehkan anda pergi ke kedua-duanya Selat Taiwan dan Lautan Pasifik. Melintasi hujung paling selatan Banjaran Gunung Tengah, Kereta Api Penghubung Selatan menghubungkan Pingtung di barat dengan Taitung di timur. Di sepanjang perjalanan, para penumpang dapat menikmati pemandangan Lautan Pasifik yang indah, pemandangan semula jadi yang mengagumkan di pergunungan dan pemandangan gunung dan laut yang permai, serta budaya orang asli di kawasan tenggara Taiwan. Antara pemandangan paling terkenal di laluan ini ialah padang daylily di Taimali, mata air panas di Zhiben, Pesta Buluh Suku Atayal, dan hamparan Pasifik yang luas.

image04

Pemandangan di sepanjang Laluan Utara-selatan

image05

Laluan Pingxi Nostalgia

Sistem Laluan Utama Pantai Timur:

Sistem ini merangkumi Laluan Yilan yang menjangkau dari Badu ke Su’ao, Kereta Api Penghubung Utara yang berkhidmat dari Su’aoxin ke Hualien, dan Laluan Taitung, yang bersama-sama membentuk sistem lengkap yang berkhidmat untuk kawasan timur di Taiwan serta memaparkan tarikan Yilan, Hualien dan Taitung. Kereta api bergerak di sepanjang pantai, dengan gunung tinggi di sebelah dan lautan luas di sebelah yang lain memberikan pemandangan paling menawan hati di bahagian rangkaian kereta api mengelilingi pulau ini. Jelajahi laluan-laluan ini dan anda akan mengalami peralihan dan perubahan keindahan semula jadi. Selepas melalui Dataran Lanyang yang luas dan rata, serta menikmati tanah rata kekampungan dan pemandangan Pulau Penyu yang jauh di sepanjang jalan, anda akan melalui Su’ao dan pemandangan di luar tingkap anda akan mengalami perubahan drastik kepada pemandangan gunung yang megah dan laut kelihatan di depan mata anda. Tapak pelancongan di sepanjang perjalanan termasuk Kawasan Pemandangan Negara Pantai Timur Laut, Dataran Lanyang, Pulau Penyu, Kawasan Pemandangan Negara Pantai Timur, Kawasan Pemandangan Negara Lembah Longitud Timur, Taman Negara Taroko dan Gaung Taroko dengan Groto Burung Layang-layang, Terowong Sembilan Pusingan, Buluowan, Cenuram Zhuilu, Tianxiang dan Sungai Liwu. Selain menikmati karya agung seni alam semula jadi, Terowong Sembilan Pusingan yang menakjubkan, para pelancong di sini juga boleh mengatur jadual perjalanan yang membolehkan mereka mengalami budaya orang asli, memerhati burung, mata air panas, bandar lama di desa dan tapak-tapak istimewa lain di kawasan itu.

image06

Pemandangan di sepanjang Laluan Utama Pantai Timur

image07

Pemandangan di sepanjang Laluan Taitung

Selain itu, terdapat juga kereta api perlahan yang berjalan di sepanjang landasan sempit kereta api: Laluan Pingxi, Laluan Neiwan, Laluan Jiji dan Laluan Hutan Alishan. Bagi mereka yang baru datang ke Taiwan, menaiki kereta api pelancong jenis ini yang bergerak pada kadar yang santai dan membolehkan penumpang menikmati pemandangan sepanjang perjalanan yang terbaik dapat memberikan pengalaman baharu dan menarik.

Laluan Pingxi

Laluan ini melalui Daerah Pingxi di Bandar Baharu Taipei, dan boleh dinaiki di Stesen Ruifang atau Stesen Houtong di laluan kereta api utama. Pelancong di laluan cawangan ini boleh menikmati keindahan tebing gunung, sungai dan air terjun di sepanjang jalan, serta mengalami gaya hidup desa dan pekan perlombongan kecil. Tempat pemandangan utama di sepanjang laluan ini ialah Air Terjun Shifen, Air Terjun Lembah Wildman dan Air Terjun Lingjiao.

Laluan Neiwan

Laluan ini terletak di bahagian paling timur Perbandaran Hengshan di Daerah Hsinchu. Anda boleh menaiki kereta api di laluan cawangan ini di Stesen Kereta Api Hsinchu. Apabila kereta api bergerak perlahan di sepanjang landasan, para penumpang boleh merasakan kehidupan desa di pekan pergunungan. Tempat pemandangan utama di sepanjang laluan termasuk Kawasan Pemandangan Beipu dan Kawasan Pemandangan Gunung Wuzhi (Wuzhishan, Gunung Lima Jari).

Laluan Jiji

Laluan ini melalui pemandangan desa di daerah Changhua dan Nantou, membawa para penumpang ke “terowong hijau”, tapak bersejarah, sungai, tanur tembikar lama dan pekan kecil Jiji. Perjalanan di sepanjang Laluan Jiji adalah seperti perjalanan ke masa lalu.

Kereta Api Hutan Alishan

Kereta Api membawa para penumpang melalui empat zon iklim: tropika, subtropika, sederhana dan sejuk, dan setiap bahagian laluan terdapat pemandangan yang benar-benar unik. Kereta Api Hutan Alishan juga membolehkan anda menikmati perjalanan “turun naik” semasa berkelok-kelok ke atas salah sebuah gunung di sepanjang laluannya. Laluan ini berakhir di Kawasan Pemandangan Negara Alishan yang anda boleh melihat matahari terbit, lautan awan, pokok suci, musim bunga dan laluan gunung yang menakjubkan.

Jalan kereta api sentiasa memiliki daya tarik yang tidak dapat ditandingi oleh kaedah pengangkutan lain bagi para pelancong. Mahukah anda menikmati perjalanan romantis dengan menaiki kereta api? Cubalah melancong dengan kereta api Taiwan, dan anda pasti tidak akan kecewa!

image08

Terowong Hijau, Laluan Jiji

image09

Kereta Api Hutan Alishan

Tarikan Pelancong Khas

Pingxi Lantern
#Railway Tours
Ershui
#Railway Tours
#Family Tours
nantou
#Accessible Tours
#Railway Tours
#Family Tours
#Ecological Experiences
Lohas
#Senior Travel
Jiji
#Railway Tours
#Family Tours
Alishan
#Ecological Experiences
#Flowers
#Railway Tours
#Forest Trails
Sanyi
#Historic Sites
#Museums
#Family Tours
#Amusement Park
#Railway Tours
Go to Top