Miaoli

Pengenalan

Keramahan dan kegiatan keusahawanan di kalangan populasi Hakka di Nanzhuang tampak begitu ketara di sepanjang Jalan Lama, di mana berdozen gerai berderet membuat dan menjual makanan tradisional. Sedikit sahaja yang berbahasa Inggeris di sini dan kebanyakan makanan klasik dilabel dengan tulisan Cina. Itu tidak mengapa kerana para pengunjung ditawarkan sampel-sampel percuma. Melepasi barisan kedai, terdapat bangunan kayu tercantik di Nanzhuang yang merupakan pejabat pos lama yang dibina pada 1900.


  • Bagi penduduk Taiwan, Lion’s Head Mountain ialah tempat suci untuk diziarahi. Bagi pelancong asing pula, mereka dapat berjalan santai sambil menikmati pemandangan indah. Tempat inl dipenuhi tokong dan biara Buddha, ada yang telah berusia lebih satu abad. Para pelancong boleh pergi ke wilayah pemandangan yang berada 492 meter dari aras laut ini dengan kereta dan bas.
  • Di kawasan pedalaman Nanchuang, terdapat lembah-lembah yang menjadi penempatan 5,600 orang asli Salslyat. Mereka merupakan puak orang asli yang terkecil di Taiwan. Kelompok etnik ini tersohor dengan Upacara Pastaai, festival berbilang hari yang bertujuan untuk menenangkan roh-roh dari puak musuh yang pernah dihapuskan oleh puak Saisiyat di masa lampau.
  • Ada penambahan tatacara yang menampilkan ritual, upacara pemberian, amalan bertakafur dan tarian. Upacara ini hanya diadakan setiap 10 tahun dan upacara yang seterusnya bakal dilangsungkan pada musim luruh 2016. Bagi para pelancong yang ingin mempelaiari lebih lanjut tentang puak ini sambil menikmati keindahan panorama yang bergunung-ganang, sila berkunjung ke Tasik Xiangtian dan Saisiyat Folklore Museum yang dibina di tebingnya.
  • Hanya beberapa buah bandar yang tertumpu pada satu industri sahaja seperti Sanyi iaitu ukiran kayu. Dikelilingi hutan rimba di mana para pengukir mendapat bahan mentah seperti batang, dahan, tunggul dan akar pokok, maka bandar ini memiliki lebih 100 buah kedai yang menjual pelbagai jenis ukiran mengikut bajet.
  • Muzium empat tingkat ini mengandungi banyak galeri yang memaparkan beratus-ratus ukiran kayu yang praktikal, ukiran dekorasi dan abstrak. Terdapat juga seksyen khas untuk ukiran kayu orang asli, ukiran kuil dan sejarah kesenian kayu di China.
  • Jalan kereta api utama utara-selatan yang pernah merentasi daerah terpencil Sanyi suatu ketika dahulu, masih wuiud di sini.
  • Shengxing Station yang berada di ketinggian 402 meter dari aras laut, lokasi tertinggi bagi jalan kereta api itu, masih tegap berdiri. Ia bangunan kayu lama terletak di perkampungan yang indah.
  • Sebuah lagi relik jalan kereta api yang boleh ditemui beberapa kilometer dari sini ialah Longfeng Broken Bridge. Ia pernah menampung laluan trafik kereta api namun jambatan ini mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi pada 1935. Puing-puingnya dianggap sebagai peninggalan seiarah.
  • West Lake Resortopio mempunyai kombinasi taman-taman gaya Eropah dengan variasi aktiviti hiburan seperti berperahu dalam bot angsa, bermain di padang golf mini dan menonton persembahan pentas. Tempat ini cukup sesuai untuk seisi keluarga bergembira sambil berehat dan bersantai dalam atmosfera yang menyenangkan.
  • Ada penguniung membuat lawatan sehari tapi ramai juga bermalam di sini. Pusat peranginan ini ada menyediakan bilik penginapan dan hidangan makanan sepanjang hari.
  • Bagi para penguniung yang meminati seni ukiran hasil karya pengukir,  Sanyi Wood Sculpture Museum patut dilawati.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Lion’s Head Mountain
Shengxing Station

Informasi

11, Xihu, Xihu Village, Sonyi Township, Miooli County, Taiwan
Tel: +886-37-876-699
Laman web: www.westlake.com.tw