Miramar Entertainment Park dan Daerah Komersil Tianmu

Pengenalan

Terletak di utara Sungai Keelung, Miramar Entertainment Park merupakan kompleks membeli-belah dan hiburan berbilang aras yang direka bentuk untuk memberi para penguniung semua pilihan bagi kuniungan sehari ke sini.

Subbandar Tianmu pula terletak di Jalan Utara Zhongshan dibahagian utara. Lokasi ini paling padat dengan kelompok ekspatriat di Taiwan. Mereka mengusahakan perniagaan antarabangsa dan terdapat iuga golongan diplomat. Tempat ini telah dikhususkan untuk para pegawai Jepun pada era kolonial. Tianmu bermaksud ‘Ibu Bidadari’, nama dewi Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, tempat ini diambil alih oleh pasukan tentera Amerika Syarikat. Hab bagi komuniti tempatan ialah Tianmu Circle, di mana Jalan Tianmu bertembung Seksyen 7, Jalan Utara Zhongshan. Tempat ini sendat dengan perniagaan untuk hiburan dan rekreasi serta fasiliti bagi komuniti internasional. Kebanyakan penduduk di sini berbahasa Inggeris berbanding tempat lain di Taipei.


  • Binaan paling ketara dan terkenal di Miramar Entertainment Park ialah Roda Ferris di atas bumbung bangunan setinggi 70 meter yang bercahaya pada waktu malam.
  • Ramai pasangan romantis teruja menaiki Roda Ferris sambil menikmati pemandangan kota yang indah berkelipan.
  • Manakala penduduk di utara bandar seronok menyaksikan Roda Ferris yang bersinar cantik dari jauh.
  • Karusel di atas bumbung ini juga menjadi tumpuan popular bagi para pengunjung.
  • Antara tarikan hiburan di sini ialah skrin IMAX yang terbesar di Taiwan yang menayangkan filem-filem komersil Asia.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Miramar