Pasar Malam Fengjia

Bagi pelancong yang melancong dari utara ke selatan, eloklah berhenti di Pasar Malam Fengjia yang terletak di Taichung. Pasar Malam Fengjia yang terdiri daripada Pasar Malam Fengjia Wen Hua, Jalan Xitun, Jalan Fengjia dan Jalan Fuxing dalam jarak 1km.

Selain memiliki makanan yang tidak boleh terlepas, pasar malam ini juga terdapat butik-butik fesyen dan pusat beli-belah mini di dalam pasar malam.

Waktu operasi: 12.00pm – 2.00am
Pengangkutan:
– Stesen Youbike (dikenali sebagai iBike di Taichung) terletak di persimpangan Jalan Fengjia dan Jalan Fuxing.
– Sekiranya anda bertolak dari Bandar Taipei, naik bas antara bandar jarak jauh dari Stesen Bas Jarak Jauh Lapangan-Q (di sebelah Stesen Utama Taipei) ke Chaoma, kemudian naik teksi atau basikal Youbike ke Feng-Chia.