Pasar Malam Miaokou

Pasar Malam Miaukou terletak di Keelung, iaitu sebuah bandar pelabuhan di utara Taiwan. Pasar Malam ini terkenal dengan pelbagai jenis hidangan makanan laut yang segar kerana lokasinya berhampiran lautan. Gerai-gerai di pasar malam telah diberikan nombor dan disusun dengan rapi di sepanjang jalan. Perancangan ini memudahkan para pelancong menjamu selera di gerai pilihan mereka dengan selesa. Hidangan-hidangan unik yang mesti dicuba ialah ais serut kacang dan bola beras pulut (Muah Chee).

Waktu operasi: 12.00pm – 12.00am
Pengangkutan:
– Naik kereta api atau bas antara bandar ke Stesen Keelung. Setelah keluar dari stesen, terus ke Jalan Pertama Zhong, kemudian belok kanan ke Jalan Ketiga Ai dan terus berjalan selama 3 minit.
– Naik bas ulang-alik pelancongan Taiwan No. T99 dan turun di perhentian Pasar Malam Miaokou.