Kawasan Beli-belah Ita Thao
Jika melancong ke Tasik Matahari Bulan, singgahlah di Kawasan Beli-belah Ita Thao. Anda boleh memanjakan diri dengan makanan istimewa tempatan yang mungkin tidak dapat ditemui di kawasan lain di Taiwan. Hilangkan dahaga anda dengan mencuba Teh Asam Merah, yakni minuman yang diperbuat daripada teh hitam tempatan.
Waktu operasi: 8.00am – 6.00pm
Pengangkutan: Dari Stesen Bas Gancheng Taichung, naik Bas Nantou menuju ke Tasik Matahari Bulan. Dari Stesen Shuishe, berjalan ke dermaga dan naik feri ke Dermaga dan Jalan Beli-belah Ita Thao.