Penghu
Pengenalan
Keindahan alam semula jadi Penghu dalam tiupan angin begitu ketara kerana tidak diusik aleh pembangunan. Lokasi ini cukup sempurna bagi para pelancong yang mahu lari dari kehidupan yang sibuk. Kampung-kampung yang dimamah masa dan landskap yang terbentuk daripada cuaca dan hempasan ombak, mempamerkan panorama eksotik. Para peminat sukan air memberi Penghu pujian yang tinggi. Tiupan angin sentiasa kencang, manakala suhu air laut memang sesuai untuk berenang dan bermain luncur angin.