Sungai Cinta
Pengenalan
Sungai Cinta mengalir merentasi bandar Kaohsiung. Sungai Cinta dikenali sebagai Sungai Dagou pada zaman Dinasti Qing dan diganti namanya oleh orang Jepun sebagai Sungai Takao. Sungai ini juga disebut Terusan Kaohsiung. Tepi sungai dihiasi dengan tanaman-tanaman hijau dan dikembangkan menjadi kawasan taman yang dihiasi dengan tiang-tiang yang dirantai dengan tali besi. Kawasan ini menjadi tempat yang romantis kepada para kekasih. Oleh itu, sungai ini terkenal sebagai Sungai Cinta.
Informasi
Alamat: Jalan Hedong, Kawasan Qianjin, Bandar Kaohsiung.
Tel: +886-7-799-5678(Kerajaan Bandar Kaohsiung)
Laman Web: https://khh.travel/en/attractions/detail/499
Maklumat Pengangkutan
(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)
Pengangkutan
- Lebuh Raya Nasional 1 → Persimpangan Kaohsiung → Jalan Zhongzheng 1 ke Jalan Zhongzheng 2 → Jalan Minzu 2 → Jalan Minsheng 1 ke Jalan Minsheng 2 → Jalan Hedong.
Pengangkutan Awam
Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) / Kereta Api Taiwan (TRA) / Bas:
- Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying atau Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kaohsiung, kemudian tukar ke Metro Kaohsiung untuk menuju ke Majlis Bandar.