Tainan

Pengenalan

Selama 38 tahun mereka menjajah wilayah Tainan, kerajaan Belanda bukan sahaja berdagang dan mengenakan cukai, malah turut membina dua buah kubu yang kini menjadi tarikan pelancong. Puting beliung dan gempa bumi telah merosakkan kubu-kubu tersebut tapi tidak memusnahkan Kubu Zeelandia di Daerah Anping yang menjadi peninggalan sejarah Belanda di kurun ke-l7. Sebelum melawat muzium cantik di sini, amati kubu berdinding besar yang dibina daripada batu-bata dan batu karang serta panjat menara pengawal untuk melihat pemandangan kota raya dan persisiran dari jauh. Kubu Provintia telah lama runtuh dan di atasnya berdiri dua buah pagoda fotogenik yang dibina pada kurun ke-l9. Taman di sekitar halaman pagoda begitu indah dan cukup sesuai untuk bersantai sambil minum kopi di waktu petang.


  • Selama 212 tahun, Tainan menjadi pusat kerajaan, pendidikan dan kebudayaan di Taiwan.
  • Kuil Confucius barangkali bangunan klasik yang paling cantik di Taiwan berusia berkurun lamanya.
  • Pihak Jepun yang menjajah Taiwan dari 1895 ke 1945 meninggalkan beberapa peninggalan sejarah seperti National Museum of Taiwanese Literature atau Muzium Nasional Kesusasteraan Taiwan dan Former Tainan Meeting Hall dan Dewan Mesyuarat Lama Taiwan.
  • Berbanding dengan keheningan tempat ini, gedung membeli-belah dan pasar-pasar malam hiruk-pikuk dengan ramai pengunjung. Makanan tempatan yang digemari di sini ialah telur goreng tiram.
  • Daerah Rende ada dua buah tarikan kebudayaan. Ten Drum Culture Village atau Kampung Kebudayaan Sepuluh Dram terletak di kilang gula lama. Ia merupakan pengkalan bagi Ten Drum Art Percussion Group atau Kumpulan Kesenian Genderang Sepuluh Dram. Kumpulan ini membuat persembahan hebat dengan kombinasi moden dan tradisi yang layak memenangi anugerah.
  • Muzium Chi Mei berbeza daripada muzium-muzium di Tanah Besar China. Ia kurang mempamerkan sejarah Cina Han atau kebudayaan orang asli. Ia lebih banyak menampilkan koleksi Eropah seperti peralatan muzik, senjata, baju perisai, lukisan minyak dan arca.
  • Taman Nasional Taijiang merupakan taman nasional China yang terbaru. Ia meliputi banyak tapak bersejarah tinggalan penjajah Belanda dan Koxinga, jeneral China yang menghalau mereka dari Taiwan, serta kawasan-kawasan ekologi penting.
  • Lagun-lagun di Daerah Qigu menjadi habitat di musim sejuk bagi spesies burung yang amat jarang didapati iaitu Black-faced Spoonbill yang cantik. Hampir 200 spesies burung dapat dilihat, kebanyakannya berkumpul di dataran garam yang telah ditinggalkan, salah satu landskap yang menarik di taman ini.
  • Para pengunjung yang sukakan pemandangan laut, boleh menjelajah Southwest Coast National Scenic Area atau Wilayah Pemandangan Persisiran Barat Daya Nasional
  • Siraya National Scenic Area atau Wilayah Pemandangan Nasional Siraya, yang meliputi kawasan pedalaman Tainan, didedikasikan khas untuk puak Siraya, puak orang asli yang sudah lama pupus, di mana suatu ketika dahulu pernah menetap di sini.
  • Di kawasan kaki gunung yang menawan terdapat perkampungan petani yang memukau mata, daerah penanaman buah-buahan dan tempat takungan air yang indah.
  • Di Wushantou, para pelawat dapat mempelajari tentang fungsi Jepun dalam memajukan ekonomi Taiwan.
  • Di sekitar Guanziling dan Dongshan, mereka boleh menikmati minuman kopi daripada bijian kopi yang ditanam di sini dan berendam dalam kolam lumpur air panas.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Confucian Temple
Chimei Museum