Taitung

Pengenalan

Beberapa tapak perindustrian di Taiwan telah diubah menjadi tempat kebudayaan. Salah satu yang paling berjaya ialah Dulan Sugar Refinery atau Kilang Gula Dulan. Ia terletak 20 kilometer di utara Bandar Taitung. Kini komuniti di sini bersemarak dengan penghasilan karya-karya artistik dan persembahan muzik pentas. Seperti namanya, Xiaoyeliu yang berada jauh sedikit ke selatan, menyerupai Yeliu Geopark di persisiran utara Taiwan. Namun ia tiada ribuan pengunjung. Kesan kombinasi unik geologi, cuaca dan hempasan ombak, telah membentuk batu-batu pasir yang berupa sangat menarik dan ganjil.  Sambil meneliti batu-batuan yang menyerupai susunan ketulan tauhu atau sarang lebah yang terbentuk akibat tiupan angin kuat, para pelawat harus ingat untuk memandang ke arah laut, melangkaui Lautan Pasifik. Perhati betul-betul untuk melihat Green Island atau Pulau Hijau. Feri-feri bertolak ke Pulau Hijau dari pelabuhan Fugang, yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Xiaoyeliu.


  • Kira-kira 33 kilometer dari timur Taiwan, Pulau Hijau tampak suram dan terpencil tapi menawan. Ia sudah lama dikenali peminat snorkel dan skuba serta sebagai tempat orang buangan politik pada awal 1950an hingga lewat 1980an. Kini pulau ini menarik para peminat snorkel dan skuba serta pengunjung yang ingin berendam dalam kolam air panas masin yang hanya beberapa buah sahaja wujud di dunia.
  • Populasi penduduk hanya beberapa ribu. Ternakan rusa dan biawak liar dapat dilihat di merata tempat. Suasana di malam hari amat istimewa.
  • Para pelawat mendapati persisiran pantai lengang dan mereka boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dan kemunculan ribuan bintang tanpa gangguan.
  • Tamadun pra-sejarah yang telah wujud beribu tahun dahulu dikenali sebagai Budaya Beinan. Mereka berkampung di sekitar tempat ini yang kini menjadi Bandar Taitung.
  • Sewaktu pembinaan stesen kereta api baru Taitung bermula, usaha menggali dan mencari artifak tinggalan puak Beinan yang sudah lama pupus, dijalankan dengan penuh dedikasi.
  • Kisah penemuan ekskavasi dan apa yang telah dipelaiari oleh pakar arkeologi dipamerkan di National Museum of Prehistory atau Muzium Nasional Praseiarah. Muzium ini bukan sahaja menampilkan budaya Beinan, malah turut mempamerkan sejarah semula jadi Taiwan serta aspek-aspek kehidupan manusia pra-sejarah di pulau ini dan kaum minoriti Austronesia di Taiwan yang masih wujud.
  • Orchid Island (Lanyu) atau Pulau Orkid bermegah dengan keunikan budaya Austronesia yang masih wujud kerana kedudukan geografinya yang terpencil. Ia menjadi destinasi para pengembara yang mencari pengalaman jati dengan hidup di alam semula jadi tanpa fasiliti mewah.
  • Pelancong eko akan menyukai pulau ini yang menjadi habitat hidupan istimewa seperti kelawar Formosa besar yang makan buah dan burung hantu scops Lanyu. Kedua-duanya hanya boleh ditemui di sini dan tiada di tempat lain di dunia.
  • Kebanyakan orang asli Puak Yami membina rumah-rumah kalis taufan secara separa dalam tanah. Mereka membuat bot kayu yang digunakan pada waktu malam untuk menangkap spesies ikan terbang.
  • Pantai-pantai kecil yang menarik dipisahkan  oleh bongkah-bongkah batu yang berceranggah digelar Crocodile Rock, Tank Rock dan Twin Lions.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Xiaoyeliu
Pulau Hijau
Fugang
Beinan
Lanyu