Taman Negara Kenting

Pengenalan

Bahagian tengah Semenanjung Hengchun ialah Taman Negara Kenting, satu-satunya taman negara tropika di Taiwan. Taman Negara Kenting ditubuhkan pada tahun 1982 dengan kawasan seluas 33,268 hektar termasuk darat dan maritim.


  • Taman negara yang berpenduduk paling padat di Taiwan.
  • Pelancong dapat melihat pemandangan kehidupan luar bandar Taiwan yang lazim.
  • Taman negara ini meliputi gunung, hutan, padang rumput, tasik, bukit pasir, pantai dan terumbu karang.

Galleri

Laman Web Yang Berguna

Taman Negara Kenting

Informasi

Alamat: No.596, Jalan Kenting, Perbandaran Hengchun, Daerah Pingtung.

Tel: +886-8-886-1321

Laman Web: http://www.ktnp.gov.tw/

Maklumat Pengangkutan

(Maklumat pengangkutan tidak tetap. Sila semak dengan stesen pengangkutan sebelum bertolak.)

Pengangkutan

  • Lebuh Raya Nasional 3 → Keluar di Persimpangan Nanzhou → Lebuh Raya Daerah Laluan 187B → Lebuh Raya Wilayah Laluan 1 → Lebuh Raya Wilayah Laluan 26 → Taman Negara Kenting.

Pengangkutan Awam

  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying atau Kereta Api Taiwan (TRA) ke Stesen Kaohsing, kemudian naik Bas Kenting (No. 9188 yang menuju ke Eluanbi) ke Taman Negara Kenting.
  • Naik Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) ke Stesen Zuoying, kemudian naik Laluan Laju Kenting (No. 9189 yang menuju ke Kenting) ke Stesen Nanwan, lalu tukar ke Bas Ulang-alik Kenting (Laluan Oren yang menuju ke Kenting) untuk pergi ke Taman Negara Kenting.