Masjid Kebudayaan Taipei
Seperti Masjid Agung Taipei, Khutbah Jumaat diadakan dalam bahasa Arab dan Cina di Masjid Kebudayan Taipei. Bangunan masiid lima tingkat ini siap dibina pada 1984. Reka bentuk bangunan mengikut motif seni bina Islam klasik yang direka oleh arkitek yang cukup disegani, Huang Mo-chun. Sebahagian besar dana dibiayai oleh Liga Dunia Muslim. Komuniti Muslim di sini wujud sejak 1940 yang dipimpin oleh Akhond Hsiao. Pada mulanya, residensi Jepun dijadikan masjid kecil tapi penduduk Islam semakin bertambah maka masiid yang lebih besar didirikan.
Alamat: No. 3, Aly. 25, Sec. 1, Xinhai Rd., Zhongzheng Dist., Taipei City.
Tel: +886-2-2367-5421
Faks: +886-2-2365-2094