Masjid Taichung
Bandar ketiga terbesar di Taiwan menempatkan jemaah Muslim yang tertua di mana mereka beribadat di Masjid Taichung sejak 1949. Golongan Muslim yang menyokong Chiang Kaishek dan pasukan tenteranya telah mengikut keraiaan Nasionalis China ke Taiwan. Pada 1975, masjid asal tidak dapat menampung penduduk Islam yang ramai. Oleh itu, dana dikumpul dari pelbagai sumber termasuk Arab Saudi untuk pembinaan semula masiid. Masjid baru ini dibuka pada 1990 dan merupakan sebahagian National Taiwan Museum of Fine Arts.
Alamat: No. 457 Dadun South Road, Taichung City
Tel: +886-4-2473-2519
Faks: +886-4-2471-3383