Masjid Agung Taipei
Masjid yang berhadapan dengan Taman Da’an ini dibuka secara rasmi pada April 1960. Pembinaan masjid ini mendapat dana dari Republik China, Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. Lebih 50 tahun, ia meniadi destinasi popular bagi dif-dif kehormat dan para penguniung dari negara-negara Islam yang melawat Taiwan. Setiap kali selepas solat Jumaat, para jemaah tempatan dan asing berkumpul untuk beramah mesra dan menikmati jamuan. Malah daging Halal juga ada diiual di sini.
Pertubuhan Cina Muslim terletak dalam Masjid Agung Taipei dan merupakan organisasi Islam yang terbesar di Taiwan, di mana pelbagai aktiviti berkait dengan Islam dijalankan di serata Taiwan. Pada mulanya, ia diasaskan dengan nama lain iaitu Islamic National Salvation Association atau Pertubuhan Angkatan Nasional Islam di Kota Wuhan, Tanah Besar China pada 1938. Bai Chongxi, tokoh ketenteraan dan ahli politik Kuomintang, dilantik sebagai pengerusi pertama. Tujuan asal ia ditubuhkan ialah membantu Kerajaan China menentang penjajahan Jepun. Pertubuhan ini berpindah ke Taiwan selepas berakhirnya Perang Saudara China.
Pada hari ini, pertubuhan ini menjadi yayasan utama dan nadi penggerak dalam masyarakat Muslim tempatan. Ia menerajui kebanyakan hal ehwal masjid-masjid di Taiwan. Namun setiap masjid ada lembaga pengarah masing-masing yang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para jemaah. Pertubuhan ini turut terlibat dalam pelbagai pergerakan kebajikan yang didukung oleh para sukarelawan yang aktif berusaha demi memajukan masyarakat Muslim dan korporasi pekerja pekerja asing. Yayasan Budaya dan Pendidikan Islam yang bernaung di bawah pertubuhan ini, mengadakan ceramah-ceramah tentang Agama Islam kepada masyarakat Muslim tempatan dan komuniti luar. Inisiatif-inisiatif lain yang dijalankan oleh pertubuhan ini termasuk menubuhkan pasar-pasar dan perniagaan Halal, mengiktiraf dan menyokong pemuda-pemudi Muslim yang cemerlang dan menyediakan perkhidmatan mengerjakan Haji secara tahunan untuk mengeratkan lagi pertalian persaudaraan antara Taiwan dan negara-negara Islam yang lain.
Alamat: No. 62, Sec. 2, Xinsheng S. Rd., Da’an Dist., Taipei City.
Tel: +886-2-2321-9445
Faks: +886-2-2394-8390
Pengangkutan: Stesen utama Taipei(Aliran Tamsui-Xinyi) ? Stesen Daan Park (Exit no 2)
Keluar dari stesen Daan Park exit no 2, anda boleh menyewa basikal U-Bike atau 15 minit berjalan kaki menerusi taman rekreasi Daan dan keluar di pintu masuk bernombor 10 Taman Daan.